Seperti yang kita tahu, masalah buli semakin merisaukan dan perlu ditangani segera agar tidak berlaku sehingga meragut nyawa insan tak bersalah.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak agar tidak menjadi pembuli. Berikut merupakan antara tanda-tanda anak menjadi seorang pembuli. Kena elakkan agar ianya tidak menjadi satu perkara yang serius untuk masa hadapan kelak.
Baca juga: Perangai Ibu Bapa Mengumpat Anak Sendiri Ibarat ‘Makan Daging’ Mereka…
6 TANDA-TANDA ANAK PEMBULI RUPANYA, MAK AYAH KENA PERIKSA
Beriku merupakan tanda-tanda ibu bapa didik anak jadi pembuli:
1. EJEK FIZIKAL
2. MENTERTAWAKAN KESILAPAN & KELEMAHAN ANAK
3. MERENDAHKAN USAHA & IMPIAN ANAK
4. DIKULIKAN
5. MENDERA FIZIKAL
6. MELETAKKAN SALAH ANAK PADA PIHAK LAIN
Jangan biar anak sesukati koyakkan mental dan emosi orang kerana itu penting untuk kita ajar anak :
1. Menegur dan menyapa kawan dengan cara dan bahasa yang baik.
2. Terima rupa fizikal kawan-kawan yang berlainan dari orang lain. Walau unik mana pun rupa mereka. Walau ada tangan sebelah, bertongkat, tahi lalat besar di wajah, gigi tak rata, juling dan besar. Mereka layak dihormati dan mahu didampingi macam kita juga. Buatkan mereka rasa yang mereka sempurna dan cantik.
3. Biasakan meminta maaf dan bertanggungjawab bila terbuat silap. Paling penting, ingatkan. Memang akan ada drama ‘tak nak kawan’, berbalas pukul dan mengata-ngata. Peranan kita untuk terus mengingat.
AJAR ANAK ELAK DIBULI
Sebagai ibu bapa mainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab. Ingat! Jangan normalisasikan buli.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi