Nur

‘Kesian Tapi…’- Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Mati Kerana Merempit

18
SHARES

Aktiviti berlumba motosikal di kawasan terbuka sememangnya popular dalam kalangan remaja sekarang dan menjadi trend ketika hujung minggu.

Perkara ini mendapat perhatian penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan mengenai hukum berlumba motosikal sehingga meragut nyawa.

Baca juga: [VIDEO] “Kesian Dekat Anak-Anak…” Dah 34 Tahun Kahwin Baru Tahu Rupanya Tak Sah

USTAZ AZHAR IDRUS JELASKAN HUKUM MATI KERANA MEREMPIT

Menerusi video yang dimuat di laman TikTok, terdapat satu soalan yang bertanya mengenai hukum berlumba dan beliau menjelaskan seseorang yang meninggal dunia kerana berlumba motosikal di kawasan yang memudaratkan diri hukumnya seperti membunuh diri iaitu haram.

Berbeza pula dengan individu yang berlumba di tempat lapang lengkap dengan pakaian keselamatan serta tiada sebarang halangan seperti kenderaan awam hukumnya adalah makruh.

“Kalau dia berlumba dengan keadaan memakai segala alat kelengkapan, tidak ada lori dan hanya jalan sahaja hukumnya makruh,” ujarnya.

Tambahnya, kebanyakan yang berlumba adalah untuk suka-suka dan memilih untuk membuang brek, tak pasang lampu malam dan juga meniarap atas motosikal.

Setiap permainan yang bukan sunah hukumnya makruh dan jika permainan itu tidak mendatangkan faedah hukumnya adalah haram seperti terjun bungee.

VIDEO PENUH:

@ftrimirul

#ustazazharidrus #hukumberlumbamotor #lumbamotor #islamic_video #dakwah_islam #fypシ #foryoupage

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Sumber: TikTok Fitrimirul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×