Famili

[VIDEO] “Kesian Dekat Anak-Anak…” Dah 34 Tahun Kahwin Baru Tahu Rupanya Tak Sah

2
SHARES

Perkahwinan adalah sangat dituntut dan merupakan satu bentuk ibadah bagi umat Islam dan sebagai seorang Muslim dinasihatkan agar tidak mengambil ringan segala syarat dan hukum perlu dipatuhi dengan betul agar perhubungan tersebut sah di sisi Islam.

Namun berbeza dengan situasi yang dialami satu pasangan apabila ‘perkahwinan’ yang dibina selama 34 tahun sebenarnya adalah tidak sah di sisi agama dan syarak.

Baca juga: Beri Hadiah Tak Senonoh Kepada Pengantin Hukumnya Haram & Berdosa

DAH 34 TAHUN KAHWIN BARU TAHU RUPANYA TAK SAH

Perkara tersebut didedahkan oleh pendakwah bebas @tokadi_hipster menerusi video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini. Menurut pendakwah tersebut, pada awalnya beliau didatangi oleh pasangan terbabit yang meluahkan hasrat untuk bernikah semula sambil tersipu-sipu malu.

Sehubungan itu, beliau turut menyoal sebab pasangan tersebut berbuat demikian danpa yang mengejutkan apabila pasangan tersebut memaklumkan selama 34 tahun hidup sebagai suami isteri sebenarnya perkahwinan mereka tidak sah gara-gara menggunakan khidmat wali bukan warganegara.

“Nikah kami yang dah 34 tahun ini hakim putuskan tak sah sebab dulu kami nikah guna wali hakim, dan wali hakim itu bukan orang Malaysia,” kongsi pasangan terbabit.

Pada masa sama, ‘si isteri’ mengakui bapa kandungnya masih hidup cuma tidak merestui perkahwinannya bersama pasangan pilihan sehingga bertindak menggunakan wali hakim.

@tokadi_hipster

Tolong lah jangan main2 bab wali ! 🫤

♬ Astaghfirullah – Opick

Mendengar kepada pengakuan tersebut, pendakwah berkenaan turut berasa terkejut selain terkenang nasib anak-anak pasangan terbabit.

“Pak cik, mak cik, kalau nak kahwin buat la cara yang betul, ini sampai 34 tahun rupanya nikah tak sah, tak kesian dekat anak-anak? tolong lah jangan main-main bab wali ini,” pesannya.

“KESIAN DEKAT ANAK-ANAK…”

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan persoalan diberikan orang ramai berhubung situasi yang berlaku itu. Mereka turut memberi nasihat agar lebih peka dan berhati-hati mengenai hukum.

Sumber: TikTok Tokadi Hipster

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×