Asuh

Hentikan Budaya Ejek & Buli Individu Yang Kekurangan, Raikan Perbezaan!

167
SHARES

Setiap manusia dicipta berbeza. Sama ada warna kulit, keturunan, kesihatan, fizikal mahupun rupa paras. Namun, perbezaan itu bukanlah tiket untuk manusia saling membuli, menghina dan mencaci antara satu sama lain.

Dalam hidup bermasyarakat, sifat tersebut bukanlah perkara ‘enak’ untuk dilihat. Ia adalah tindakan salah yang boleh menjatuhkan maruah dan keyakinan diri seseorang.

Menurut Puan Wawa Shauqi, didiklah anak untuk raikan perbezaan. Mereka yang berbeza bukan untuk dijadikan sebagai bahan ketawa dan cacian. Mari baca perkongsian beliau yang penuh bermanfaat ini.

Baca juga: Peranan Mertua Kena Nasihat Anak Sendiri Dulu, Baru Tenteram Hidup Menantu!

HENTIKAN BUDAYA EJEK & BULI INDIVIDU YANG KEKURANGAN, RAIKAN PERBEZAAN!

Saya menentang keras budaya mengejek fizikal. Terutama sekali mereka yang diuji sebagai OKU. Tanpa kita sedar, budaya ni membunuh keyakinan orang lain. Mencemar maruah mereka.

Malah menyebabkan kanak-kanak seperti dalam gambar ni terasa tak berhak untuk hidup.

AMARE STOVER PENGHIDAP TUMOR, DIEJEK & DIPULAU OLEH RAKAN-RAKANNYA

Ini Amare Stover. Remaja yang menderita penyakit neurofibromatosis dari USA.

Amare tak pernah dilahirkan untuk punya fizikal sedimikian rupa. Apatah lagi nak dengar orang lain ejek pasal rupa paras dia. Penyakit ini menyebabkan tumor tumbuh di mana-mana bahagian tubuhnya.

Kita sendiri kalau belek muka di cermin pun, rasa macam tak cukup lawa. Kulit tak cukup putih. Hidung tak cukup mancung.

Bayangkan perasaan anak ini bila berdiri depan cermin. Kalau kita rasa teringin muka lawa macam Bienda, anak dapat wajah normal macam kita pun, jadilah.

Dengan muka yang sebegini, dia membawa ejek dan cacian orang sekeliling sepanjang dia membesar. Tak cukup dengan itu, tumornya penyebab beliau menderita pelbagai sakit.

Pada usia 4 tahun, beliau dipakaikan ‘trach tube’ di leher. Kerana tumor yang membesar ke dalam kerongkongnya pernah menyebabkan beliau berhenti bernafas.

Tumor yang membesar di bahagian muka Amare telah mengakibatkan salah satu mata beliau buta. Manakala wajahnya berubah dan membesar seperti sebiji tembikai.

Doktor juga mengagak kemungkinan bahawa Amare mungkin akan hilang kedua-dua penglihatan dan pendengarannya. Tak dapat dibayangkan hati empunya badan menanggung sengsara.

Nak berkawan, dipulau dan dijauhkan. Nak berjalan di tempat awam, terpaksa tebalkan muka diperhati pelik. Nak ke sekolah, terpaksa tadah telinga dengar ejekan dan cacian.

AJAR ANAK SAYANGI PERBEZAAN, TAMATKAN BUDAYA EJEK & BULI!

Gambar hiasan.

Kita ni, orang tegur badan dan naik sikit pun terasa. Sudah sampai masanya kita hentikan budaya ejek fizikal. Memang seronok. Tapi bukan semua orang boleh terima.

1. KITA SEBAGAI PARENTS ADALAH ROLE MODEL TERDEKAT UNTUK ANAK CONTOHI

  • Mereka akan belajar mengejek bila nampak kita sendiri pun mengejek orang lain.
  • Mereka takkan rasa bersalah merendahkan orang lain kalau dengar kita sendiri merendahkan orang lain.

2. AJAR ANAK UNTUK MERAIKAN MEREKA YANG KELAINAN UPAYA

Gambar hiasan.

Berkawan dengan semua. Tak kira apapun warna kulit. Cukup atau tak anggota badan. Boleh bercakap ataupun tidak.

Raikan perbezaan.

Mereka yang berbeza bukan untuk kita jadikan bahan ketawa. Tapi untuk kita saling melengkapi dan rasa sempurna.

3. AJAR ANAK UNTUK TIDAK MEMBULI

Tak kiralah buli secara verbal, fizikal mahupun emosi. It’s never ok to bullied.

Tak kiralah kita parents nak buli anak. Atau bos berpangkat nak buli orang bawah. Kita tak berhak untuk buat orang rasa kecil dan hina.

Buli adalah perbuatan orang yang insecure pada diri sendiri. Jadi mereka membuli untuk rasa diri berkuasa.

Dunia ni dah penuh dengan manusia yang menyakitkan. Tiba masanya kita didik anak-anak untuk jadi agen penyebar kasih sayang.

Justeru itu, sebagai ibu bapa janganlah tanam minda anak dengan sikap diskriminasi terhadap individu lain. Mari sama-sama bermuhasabah diri untuk hidup dalam masyarakat harmoni dan saling menyayangi.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×