Famili

Peranan Mertua Kena Nasihat Anak Sendiri Dulu, Baru Tenteram Hidup Menantu!

97
SHARES

Sudah banyak kes penceraian yang berlaku, antara sebabnya adalah daripada mertua. Mertua yang kerap menyokong dan menangkan anak sendiri telah memberi tekanan kepada menantu dan rumah tangga anak sendiri. Buat menantu rasa terkilan dan berkecil hati.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, jangan sesekali rasa ego jika anak sendiri yang buat salah. Sentiasalah menasihati mereka.

Baca juga: Cara Test Kebocoran Arus Elektrik Water Heater, Selamat Mandi Lepasni!

PERANAN MERTUA KENA NASIHAT ANAK SENDIRI DULU, BARU TENTERAM HIDUP MENANTU!

Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup menantu…

Yang membuatkan porak-peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak dia jadi macam tu.

Berapa ramai mertua di Zimbabwe ini mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri? Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner.

Tak jadi la mcm tu…

“Mengadu tentang anak dia, ko la kena…”

Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasuti.

Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu…hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu tu…hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu…

Pelik sungguh kejadian ini.

DI KEMUDIAN HARI KITA AKAN DAPAT MENANTU JUGA…

Gambar hiasan.

Nanti, kita yang muda-muda ni akan dapat menantu jugak. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.

Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang orang tua dan ibu bapa.

Yang cetek agama saja yang akan rasa mcm tu. Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu.

Wallahualam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dengan hantaran ini. Malah ada juga yang berkongsi cerita, meluahkan perasaan dan bersyukur dengan nikmat diberikan mertua yang sangat memahami. Tidak menangkan anak sendiri.

Semoga perkongsian ini, dapat membuka mata para mertua di luar sana. Jadilah mertua yang membahagiakan rumah tangga anak menantu. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×