Famili

Elak Suasana ‘Krik Krik’, Ini 5 Topik Perbualan Boleh Pikat Hati Bakal Mentua..Markah Penuh!

64
SHARES

Buat lelaki dan wanita, proses untuk pikat hati bakal mentua memang boleh buat kita rasa gemuruh! Tapi jangan risau, kunci utama untuk memikat hati mereka adalah komunikasi yang baik. Salah satu caranya adalah dengan memulakan perbualan yang menarik dan berkesan.

Tapi topik apa yang sesuai ya? Jom kita bongkarkan topik-topik yang boleh bantu harmonikan suasana dan bina hubungan yang baik dengan bakal mentua.

Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!

NAK BORAK APA DENGAN BAKAL MENTUA? BOLEH GUNA 5 TOPIK INI!

mentua

Foto: Freepik

1.Keadaan cuaca pada waktu itu

Topik pertama yang boleh dimulakan ketika baru sampai adalah dengan bersembang mengenai keadaan cuaca ketika itu. Kalau kita bertemu sedang berada dalam musim panas, mungkin boleh tanya “Kawasan sini ada hujan tak dalam minggu ini?”. Walaupun sudah tahu, tidak mengapa kerana ini hanya untuk menceriakan suasana.

2.Jadikan adik-beradik pasangan sebagai bahan perbualan

Sangat penting untuk anda mengambil tahu tentang berapa bilangan adik-beradik pasangan anda. Hal ini kerana, persoalan mengenai status, kejayaan atau latar belakang adik-beradik pasangan boleh dijadikan topik perbincangan. Jika pasangan merupakan anak tunggal, boleh ubah topik kepada kisah kanak-kanak pasangan anda.

3.Tentang tanaman atau haiwan peliharaan

Sinonim dalam kalangan warga emas terutamanya para ibu, mempunyai tanaman dan haiwan peliharaan tersayang itu sudah pasti. Jika bakal ibu mentua mempunyai laman rumah yang penuh dengan tanaman bunga dan sebagainya, jadikan ini sebagai topik perbualan walaupun hakikatnya anda bukan seorang pencinta tanaman.

4.Rancangan kegemaran

Oleh kerana zaman kini semakin maju dan mak-mak pun sudah pandai menggunakan aplikasi digital, boleh juga tanya mengenai rancangan kegemaran yang sedang ditonton. Kebetulan pula, televisyen tengah dipasang jadi inilah masanya untuk bersuara. Kalau ‘kena’ dengan situasi, perbincangan mengenai rancangan kegemaran ini boleh berlangsung dalam tempoh yang lama kerana sangat seronok!

5.Resepi kegemaran anaknya

Orang kata kalau nak pikat hati seseorang adalah melalui perutnya. Itu sudah semestinya telah dilakukan khususnya dalam kalangan wanita yang ingin memikat hati pasangan lelaki. Jadi, topik mengenai makanan kegemaran anak kepada bakal mak mentua akan menjadi sangat menarik. Pada ketika ini juga, jika anda wanita, boleh bertanyakan tips masakan dan jika anda lelaki, boleh tanyakan kedai makan di sekitar kampung halaman yang mana pasangan anda suka.

Tips Tambahan:

-Jadi pendengar yang baik: Tumpukan perhatian pada apa yang bakal mentua anda katakan dan berikan respon yang sesuai.

-Tunjukkan rasa hormat: Gunakan bahasa yang sopan dan jangan menyampuk ketika beliau sedang bercakap.

-Bersikap positif: Tunjukkan sikap ceria dan bersemangat.

-Jadi diri sendiri: Jangan cuba untuk menjadi orang lain hanya untuk menggembirakan bakal mentua anda.

mentua

Foto: Freepik

*Semoga perbualan anda dengan bakal mak mertua berjalan lancar!

Baca juga: Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri, Rupanya Mas Kahwin Janda & Anak Dara Ada Sedikit Beza!

Sumber: Freepik (foto), Wilqadry (point sahaja)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×