Suami Isteri

Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri, Rupanya Mas Kahwin Janda & Anak Dara Ada Sedikit Beza!

2
SHARES
mas kahwin

Mas kahwin dalam perkahwinan Islam di Malaysia adalah berbeza mengikut negeri dan dipengaruhi oleh adat serta peraturan tempatan. Ini merupakan simbol penghargaan dari suami kepada isteri dan berbeza dari hantaran yang selalunya dalam jumlah yang lebih besar.

Oleh kerana duit mas kahwin ini akan disimpan dan digunakan oleh isteri, ada juga dalam kalangan suami yang meletakkan jumlah yang sedikit tinggi dari apa yang ditetapkan negeri supaya isteri boleh gunakan di saat mereka perlu.

Baca juga: Raikan Cinta Di Tahun 2025 Dengan Pilihan Tarikh Cantik Ini, Nak ‘Aim’ Untuk Bersalin Pun Boleh!

NILAI MAS KAHWIN IKUT NEGERI DALAM MALAYSIA

mas kahwin

Berikut merupakan senarai nilai mas kahwin di setiap negeri dalam Malaysia. Boleh buat rujukan untuk tentukan nilai mas kahwin pasangan anda berasal dari negeri yang mana…

1.MELAKA

-RM100 untuk gadis
-RM80 untuk janda

2.JOHOR

-RM22.50 untuk gadis
-RM22.50 untuk janda

3.SELANGOR

-RM300 untuk gadis
-RM150 untuk janda

4.KELANTAN

-Tidak ditentukan

5.TERENGGANU

Tidak ditentukan

6.PAHANG

-RM100 untuk gadis
-RM100 untuk janda

7.WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

-RM80 untuk gadis
-RM40 untuk janda

8.PERAK

-RM101 untuk gadis
-RM101 untuk janda

9.KEDAH

-Tidak ditentukan

10.PULAU PINANG

-RM24 untuk gadis
-RM24 untuk janda

11.NEGERI SEMBILAN

-RM200 untuk gadis
-RM100 untuk janda

12.PERLIS

-Tidak ditentukan

13.SABAH

-RM200 untuk gadis
-RM200 untuk janda

14.SARAWAK

-RM120 untuk gadis
-RM120 untuk janda

15.WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

-RM80 untuk gadis
-RM80 untuk janda

*Buat yang belum ada pasangan yang masih mencari bakal isteri, anda nak yang dari negeri mana?

Baca juga: #MasamMasamManis: Suami Isteri Jangan Cepat Melatah Bila Gaduh, Pastikan Pujuk Dalam Masa 10 Minit!

Sumber: ppsignature.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×