Famili

Baca 8 Nasihat Ini Sebelum Kahwin, Dah Bercinta Lama Tak Semestinya Bahagia

67
SHARES
NASIHAT SEBELUM BERKAHWIN

Wahai anak gadis di luar sana, bacalah 8 nasihat sebelum berkahwin perkongsian Puan Haitun Kamarazaman ini. Kehidupan selepas berkahwin sangat berbeza dan bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk terjadi pastikan anda sudah ada ilmu.

Nampak seperti hal ringan tetapi impaknya sangat teruk sehingga boleh menghancurkan rumah tangga. Jadi, hindarilah daripada melakukan 8 hal di bawah ini.

Baca juga: 2 Tanda Amalan Suami Isteri Diterima Allah & Rumah Tangga Dalam RahmatNya…

NASIHAT SEBELUM BERKAHWIN UNTUK ANAK GADIS BACA

NASIHAT SEBELUM BERKAHWIN

Nasihat buat anak gadisku. (Juga anak gadis di luar sana jika ingin dinasihati)

1. Jangan sesekali terjebak dengan laki orang. Jangan sekali-kali percaya mulut manis suami orang. Mereka itu akan memburukkan isterinya demi meraih perhatianmu.

Ingat. Suami yang memburukkan pasangannya bukan lelaki yang baik. Curang itu pilihan. Jangan sewenang-wenangnya sebut perkara itu ditakdirkan.

Allah beri akal untuk kita berfikir baik dan buruk sesuatu tindakan. Mana mungkin kau bahagia pada saat membina hubungan atas air mata dan keruntuhan orang lain.

2. Jangan duduk di rumah mentua atau emak sendiri tanpa alasan yang kukuh. Belajar hidup berdikari suami isteri. Suami yang baik akan menyediakan rumah isterinya, bukan menumpangkan isteri di rumah ibunya. Kalau dia masih mahu berada di bawah ketiak emaknya, itu barangkali dia belum siap untuk bernikah dan memikul tanggungjawab.

3. Pastikan tiada ipar duai dalam rumah sendiri. Ipar duai ada yang kaki mengumpat/hasut. Lagi pun fikirkan aurat dan kebebasan isteri di dalam rumah.

4. Jangan buat loan untuk sesiapa waima suamimu. Banyak jantan suka ambil kesempatan. Suami suruh buat loan nak beli motor besar. Dia berkonvoi dengan kawan-kawan, lagi teruk bawa perempuan lain naik motornya. Engkau duduklah dalam rumah melayan anak. Silap hari bulan bercerai, kau yang tanggung hutang. Aku dah tengok dan saksikan banyak hal ini.

5. Kerja. Walaupun dalam Islam, wanita tak wajib cari nafkah, namun zaman ini, segelintir lelaki sukar dipercayai. Ada yang kedekut taik hidung masin dengan bini. Bini nak minta duit suami sendiri pun macam pengemis.

6. Sekali dipukul suami, pakwe, tunang…tinggal terus. Jangan pernah percaya pada jantan kaki pukul. Lelaki budiman tak pukul perempuan.

7. Kena ada ilmu. Ilmu akan menyelamatkan anda daripada ketaatan membuta tuli. Jangan pernah percaya kepada ketaatan tanpa batasan. Kita hamba Allah, bukan hamba suami. Tanpa ilmu, yang paling berpotensi menghinamu barangkali suamimu sendiri.

8. Berdoalah tanpa putus mohon jodoh yang baik kerana doa itu senjata ampuh orang mukmin.

Makin takut dan ngeri bila membaca berita tentang lelaki peliwat, pukul, bunuh isteri, kahwin cerai anak terbiar, dan segala macam lagi.

Kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.

Ingat tu!

Baca juga: Ciri-Ciri Suami Baik Menurut Pandangan Islam, Jangan Pernah Lupa Buat 6 Perkara Ini

Sumber: Facebook Haitun Kamarazaman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×