Suami Isteri

7 Nasihat Untuk Wanita, Ingat Anda Bukan ROBOT Nak Buat Semua Benda!

12
SHARES
AYAT NASIHAT

Sebelum memulakan kehidupan berumah tangga, pasti rata-rata risau memikirkan kehidupan akan datang. Hal ini kerana ramai beranggapan bila bergelar suami isteri, pelbagai perkara perlu ditinggalkan. Sebenarnya, tidak salah untuk mengutamakan diri seperti ayat nasihat yang dikongsikan di bawah.

Jelas Syakirah, kebiasaannya para isteri akan mementingkan perkara lain berbanding diri sendiri. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: 5 Tips ‘Sentiasa Cantik’ Yang Isteri Kena Buat Untuk Goda Suami, Confirm Terus ‘Terkam’!

7 AYAT NASIHAT UNTUK ISTERI, TAK SALAH PUN KALAU BUAT

AYAT NASIHAT

Kredit: Redaksi

Bila dah berkahwin dan ada anak. Perempuan selalu lupa yang:

1. Kita boleh sahaja nak rehat kalau penat. Rehat, tidur. Bukan fikir 101 kerja yang belum disiapkan.

2. Kalau tak larat masak. Beli. Kalau tak larat beli, sesekali makan sahaja mi segera dengan anak-anak. Tak berdosa pun.

3. Rasa stress tengok rumah bersepah. Keluar, pergi tempat yang rasa suka. Mall? Cafe? Tasik? Pantai?

4. Bila teringin nak makan apa-apa, beli. Kalau rasa tak cukup duit untuk beli sekali anak-anak. Beli untuk diri sendiri sahaja. Tak salah pun kita makan “sorang-sorang”.

5. Kalau anak sakit atau terjatuh. Jangan salahkan diri sendiri. Biasa la anak kecil. Kita mesti dah sedaya upaya jaga dengan baik kan?

6. Sesekali, pergi urut badan. Pergi cuci muka. Cuci rambut. Curi masa untuk diri sendiri. Untuk jaga “diri” sendiri.

7. Kalau baju dah lusuh. Beli baru. Jangan asyik fikir baju cantik untuk anak-anak. Kita pun kena cantik untuk kita rasa konfiden.

Bila dah jadi ibu, kita kena ingat, kita bukan robot. Kita masih kena jaga diri dan sayang diri sendiri.

Baca juga: Suami Isteri Kalau Gaduh Jangan Lebih Dua Hari, Jika Lebih Itu EGO Namanya!

Sumber: Facebook Syakirah Salimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×