Suami Isteri

5 Tips ‘Sentiasa Cantik’ Yang Isteri Kena Buat Untuk Goda Suami, Confirm Terus ‘Terkam’!

38
SHARES
CARA GODA SUAMI

Salah satu cara untuk mengeratkkan kasih sayang antara suami isteri adalah hubungan seksual yang dilakukan. Bukan suami sahaja perlu tahu tekniknya, isteri juga kena ketahui cara goda suami dengan betul agar lebih bernafsu.

Kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam menyemarakkan ikatan cinta. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Hukum Biarkan Suami Tidur Dalam Keadaan Marah, Isteri Jangan Pandang Ringan…

CARA GODA SUAMI, ISTERI CUBA DANDANAN MACAM INI

CARA GODA SUAMI

1. Pakai losyen dan bedak

Cara goda suami yang pertama adalah anda boleh cuba tampil dengan kelihatan manis. Boleh cuba letakkan bedak atau losyen badan agar lebih wangi untuk meningkatkan daya tarikan.

Bau manisan dan kelembapan kulit membuatkan suami tidak dapat mengawal nafsu dan sedia untuk melakukan hubungan ‘cinta’.

2. Pakai pakaian warna merah

Cara goda suami yang seterusnya adalah dengan menggunakan pakaian bertemakan warna merah. Ini akan membuatkan pasangan lebih ghairah dan terangsang.

Selain pakaian berwarna merah, pilihan bentuk dan material perlu dititikberatkan supaya ia lebih memikat. Jangan pilih pakaian yang salah kerana boleh membuatkan suami hilang mood.

3. Pilih pelembap bibir berperisa

Anda juga boleh menggunakan pelembap bibir berperisa untuk menambah elemen sensual ketika bercium. Pelembap bibir berperisan pasti membuatkan suami lebih seronok.

4. Tambahkan aksesori

Tips selanjutnya untuk menggoda suami adalah dengan menambah aksesori seperti perhiasan, skarf, atau tali pinggang untuk melengkapkan penampilan.

Aksesori boleh membuatkan penampilan lebih menarik dan memikat. Ini boleh meningkatkan daya tarikan suami kepada anda.

5. Guna minyak wangi

Cara goda suami yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan minyak wangi. Sekiranya ingin kelaianan, jangan guna minyak wangi harian anda.

Sebaliknya, pilih bau berasaskan vanila dan bunga agar bau tersebut dapat merangsang nafsu seksual suami.

Kesimpulannya, beberapa aspek ini penting dalam menggoda suami agar hubungan perkahwinan kekal bahagia.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Bercerai Pasangan Bawah 30 Tahun Makin Meningkat, Jarang ‘Bersama’ Salah Satu Punca!

Sumber: Wanita Moden

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×