Suami Isteri

Bercerai Pasangan Bawah 30 Tahun Makin Meningkat, Jarang ‘Bersama’ Salah Satu Punca!

7
SHARES
PUNCA PERCERAIAN

Menerusi perkongsian di Berita Harian, kes perceraian di Malaysia bagi pasangan bawah umur 30 tahun semakin meningkat. Punca perceraian ini dikatakan berlaku atas beberapa sebab seperti campur tangan ahli keluarga dan lain-lain.

Sepatutnya perkara ini tidak wajar berlaku dalam kalangan orang muda kerana bukankah cinta masih mekar dalam fasa ini? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Jangan Salahkan Diri Bila Salah Pilih Suami, Tapi Ikut Pesan Tok Abah Fadzilah Kamsah Ini…

PUNCA PERCERAIAN BERLAKU PADA PASANGAN BAWAH 30 TAHUN

PUNCA PERCERAIAN

1. Masalah k0munikasi

Perkahwinan gagal dipertahankan apabila masalah komunikasi. Perkara ini boleh berlaku akibat terlalu sibuk bekerja dan gaya hidup yang terlalu ‘moden.’

Selain itu, perbezaan gaya hidup dan persekitaran profesional boleh menyebabkan syak wasangka dalam diri pasangan yang bertukar menjadi pertengkaran sehingga berlaku perceraian.

2. Layanan dingin di kamar tidur

Perceraian juga boleh berlaku apabila layanan di dalam bilik bersama pasangan agak bosan dan dingin. Hubungan seksual antara suami isteri adalah pengikat kasih sayang, sekiranya diabaikan ia boleh membuatkan pasangan tidak berpuas hati.

Jadi, layan pasangan anda dengan betul agar kasih sayang dapat diwujudkan.

3. Tidak jujur dengan pasangan

Hidup bersama pasangan yang tidak setia adalah satu perkara yang paling menyakitkan dan meletihkan emosi. Ketidakjujuran dalam perhubungan sama ada daripada lelaki atau perempuan boleh merosakkan asas perhubungan, menjejaskan harga diri dan akhirnya memudaratkan perkahwinan.

Sebelum ini, kita sering menganggap hanya lelaki sahaja akan curang namun zaman serba moden ini, wanita juga boleh berbohong kepada pasangan.

Tidak salah untuk memberitahu pasangan di mana anda berada, bersama siapa dan lain-lain perkara kerana perkara itu mampu mewujudkan kepercayaan pasangan.

4. Tidak bersedia kehidupan perkahwinan

Punca perceraian berlaku yang selanjutnya adalah pasangan tidak bersedia dengan kehidupan berkahwin. Rata-rata mengambil ringan perkara ini dan tidak bertolak ansur dalam perkahwinan sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga.

Anda juga dinasihatkan agar tidak terburu-buru dalam perkahwinan kerana apabila dua orang secara tiba-tiba memutuskan untuk berkahwin tanpa berbincang dengan ahli keluarga ia boleh mengakibatkan perceraian.

5. Wujudnya wanita yang lebih berdikari

Wujudnya wanita yang lebih dari segi kewangan, kedudukan sosial dan lain-lain menyebabkkan mereka lebih ‘berkuasa’ berbanding lelaki.

Apabila wanita tidak lagi bergantung kewangan dan emosi kepada suami, perkahwinan tersebut menjadi hambar sehingga mengakibat perceraian.

Tidak hairanlah perceraian lebih kerap berlaku dalam rumah tangga untuk mereka yang lebih berpendidikan dan kaya kerana lebih bebas.

6. Campur tangan ahli keluarga

Akhir sekali, campur tangan ahli keluarga juga menyebabkan perceraian berlaku dalam kalangan pasangan berusia 30 tahun ke bawah.

Jika pasangan membiarkan gangguan tersebut berterusan, ia boleh menyebabkan konflik dan terus menjadi punca perselisihan dan tekanan antara mereka.

Campur tangan ahli keluarga yang semakin meningkat dalam hal peribadi pasangan memburukkan keadaan antara satu sama lain.

Ini adalah antara punca perceraian berlaku di Malaysia. Apa-apa pun fahami pasangan anda.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Encik Suami Sila Tahan ‘Geram’ Tengok Isteri Masa Puasa, Ini 5 Tips Untuk Kawal Rasa Asmara

Sumber: LinkedIn & Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×