Famili

Anak Ketagih Main Game Sampai Pagi, Ingatkan PDPR Rupanya Tidur!

3.1K
SHARES

Permainan di telefon agak membahayakan kerana ia mampu mempengaruhi kesihatan diri. Bukan itu sahaja, malah ketagihan akibat terlalu taksub bermain game di telefon juga semakin menjadi-jadi di peringkat usia kanak-kanak sehingga dewasa.

Hal ini sama seperti perkongsian seorang guru di laman Facebooknya yang menceritakan mengenai ketagihan anak muridnya dalam permainan di telefon sehingga seringkali ponteng kelas.

Baca juga: [VIDEO] Abang Sulung Mual & Loya Setiap Kali Tengok Adik Baharu, Aneh!

ANAK KETAGIH MAIN GAME SAMPAI GAME, AYAH INGAT ANAK PDPR

SEMAK PUNYA SEMAK, RUPANYA PELAJAR NI MAIN GAME SAMPAI 7.45 PAGI !

Tengah syok ngajar semalam kelas small group fizik form 5, baru perasan ada seorang pelajar lagi tidak masuk. Saya memang sudah mark lama pelajar ni, selalu lewat masuk kelas dan kadang tak masuk juga. Dulu ada dengar alasannya ada aktiviti pengawas sekolah. So saya tak la curiga apa-apa

Tapi semalam entah macam mana bila pelajar ni tak masuk kelas, saya mesej terus bapanya. And surprisingly, Bapanya tidak tahu ! Dan memang tengah syak pelajar ni tengah tidur. Bapanya kerja so tinggal anak saja di rumah.

Saya pun mula berasa curiga. Lantas saya buka aplikasi game Mobile Legend dan search  nama pelajar ini. Kenapa saya buat sebegitu? Sebab sebelum ini pelajar tersebut pernah ada isu ketagihan main game Mobile Legend. Dan saya sudah pun tegur siap-siap. Ingatkan sudah berubah. Rupanya tidak !

Semak punya semak, last main game pada jam 7.45 pagi ! Pelajar ini mula main game sekitar 2 pagi lebih dan berterusan hingga 7.45 pagi ! Fuh ! Ini satu hal yang sangat berat ! 

Kes ni berlaku semalam hari Khamis. Kalau pelajar ini main game sampai 7.45 pagi, sudah timbul syak adakah pelajar ini hadir kelas PDPR paginya itu?

Sah dan memang logik la pelajar ini tengah tidur sekarang ekoran malam semalamnya pelajar ini tidak tidur langsung ! Saya pun menarik nafas panjang, apa nak jadi pelajar ni. 

IBU BAPA HARUS TEGAS DALAM ISU GAME

Cikgu Faidzal juga berpesan agar ibu bapa sentiasa tegas dalam hal ini bagi memastikan anak-anak tidak terlalu taksub dan ketagih bermain game.

Nak anak kurangkan dalam permainan games, ibu bapa sendiri kena tegas dalam isu ini. Jika tidak, sangat mustahil anak akan kurangkan game dengan sendiri bila mana telefon pintar sudah berada di tangan. Ada baik rampas telefon pintar untuk hari sekolah saja. Hari minggu pulangkan semula dan terhadkan masa game anak tuan puan.

Isu nak guna gadget kelas online itu nanti, boleh guna peranti yang lain yang mana tidak install sebarang games mahupun apa-apa aplikasi. Hanya digunakan untuk PDPR saja. Kena pandai cari solusi. Itulah cadangan terbaik bagi saya.

ABAIKAN JIKA ANAK-ANAK MEMBERENTOK

Kalau pelajar itu memberontak, abaikan saja. Jika ibu bapa menuruti saja kemahuan anak, maka sudah terbalik dunia ini. Siapa yang lahirkan siapa dan siapa yang tuan sekarang ini? Adakah ibu bapa sudah melahirkan tuan nya? Nauzubillah. Minta dijauhkan. 

Diharapkan ibu bapa semua periksa tingkah laku anak tengah malam. Pintu bilik sudah tertutup bukan menunjukkan anak sudah tidur jika telefon pintar masih ada dengan mereka. Elok ada rasa syak wasangka dalam hal ni dari positif memanjang selalu.

Sumber: Facebook Cikgu Fadzil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×