Famili

[VIDEO] Abang Sulung Mual & Loya Setiap Kali Tengok Adik Baharu, Aneh!

5.6K
SHARES

Kehadiran cahaya mata kedua pasti menambah sinar buat ibu ayah dan anak sulung kerana boleh bermain bersama serta menambah kekecohan di rumah. Namun melalui video dikongsi oleh pengguna di TikTok, lain pula yang jadi apabila si abang menunjukkan sikap pelik dan sekali gus membuatkan warganet terhibur melihat tingkah lakunya.

Baca juga: Tabiat Aneh Kanak-Kanak Suka Makan Tanah, Serpihan Simen

ABANG SULUNG MUAL & LOYA SETIAP KALI TENGOK ADIK BAHARU

Abang sulung bernama Easton itu akan terbelahak kerana merasa mual dan loya setiap kali ibu bapanya menunjuk si bongsu bernama Elon. Ibu bapanya juga pelik dengan perkara tersebut dan cuba tidak menggunakan perkataan ‘baby’ di hadapan Easton. Namun tidak berjaya dan masih juga mual dan loya.

 

MASIH MUAL TAPI TIDAK TERLALU TERUK

Walaupun sudah beberapa lama tinggal bersama adiknya, Easton masih lagi mual setiap kali melihat adik bongsunya itu namun tidaklah begitu teruk seperti sebelum ini. Easton semakin memahami dan menerima kehadiran orang baru di rumah mereka. Sehingga kini video tersebut menerima 2.2 juta tontonan.

Kesiannya tetapi pasti si abang sentiasa menyayangi adik. Comel dua-duanya!

Sumber: TikTok Schoboyy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×