Asuh

Tabiat Aneh Kanak-Kanak Suka Makan Tanah, Serpihan Simen

35
SHARES

Di Jawa Tengah, kecoh apabila laporan berita memaparkan tabiat pelik seorang kanak-kanak iaitu memakan tanah daripada serpihan tembok simen! Perbuatan ini bukan sahaja menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu di Indonesia, malah ibu-ibu di Malaysia juga risau apabila membawa berita ini kerana boleh mengundang bahaya.

Baca juga: [VIDEO] “Tak Sangka Lambaian Atas Ambulans Adalah Lambaian Terakhir Abah..”

KANAK-KANAK SUKA MAKAN TANAH SEJAK USIA 2 TAHUN

Lapor Tribun News, sejak usianya mencecah dua tahun kanak-kanak lelaki berkenaan sudah makan tanah dan mula disedari oleh ibunya ketika dia membiarkan anaknya bermain sendirian di rumah kerana sedang masak.

Masa dia main sendiri di rumah dan saya tengah masak dan saya nampak dia tengah makan tanah dari pecahan tembok.

Walau bagaimanapun, si ibu masih tidak mengetahui kenapa anaknya suka makan tanah dan beranggapan bahawa puncanya kerana dia jarang membeli makanan ringan untuk anaknya disebabkan mereka mempunyai masalah kesempitan wang. Suaminya dikatakan hanya bekerja sebagai juruteknik bagi barangan elektronik dan gajinya tidak menentu.

Saya dan suami tak mampu untuk membeli makanan ringan untuk anak kerana kesempitan wang. Kami sekeluarga hanya makan dua kali sehari sahaja.

ALAMI SAKIT PERUT, DIBAWA KE HOSPITAL

Ujar si ibu lagi, jika dilarang anaknya memakan tanah, si anak akan menangis tanpa henti. Disebabkan itu, ibu bapanya terpaksa membenarkan anak mereka melakukan tabiat pelik tersebut.

Akibat kerap memakan serpihan tembok berkenaan, kanak-kanak lelaki tersebut mengalami sakit perut, namun si ibu tidak membawanya berjumpa dengan doktor dan hanya memberi ubat sahaja.

Menerusi laporan Suara.com, perkara berkenaan telah mendapat perhatian daripada pihak Perkhidmatan Kesihatan dan kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Kardinah bersama ibunya dengan menaiki ambulans untuk pemeriksaan selanjutnya

Menurut Ketua Pejabat Kesihatan Kota Tegal, Sri Primawati Indraswari, pihaknya ingin mencari penyebab kenapa kanak-kanak berkenaan gemar memakan tanah.

Kami mencari penyebab. Ini mungkin disebabkan oleh kebiasaan dan mungkin kurang pengawasan dari ibu bapa. Sekiranya anak-anak di bawah umur lima tahun mesti ditemani secara berterusan dan mereka mesti dijauhkan dengan makanan yang tak wajar.

Sumber: TribunNews, Suara.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×