Famili

[VIDEO] “Tak Sangka Lambaian Atas Ambulans Adalah Lambaian Terakhir Abah…”

138
SHARES

Siapa yang tidak sedih apabila salah seorang ahli keluarga pergi meninggalkan kita bukan? Tambah pula kalau orang tersebut adalah ibu bapa kita sendiri, maka hilanglah satu kenikmatan doa buat kita. Seperti kisah yang dikongsikan di laman Tiktok ini apabila satu keluarganya disahkan positif Covid-19 namun ayahnya dahulu pergi meninggalkan mereka. Sedih kerana tiada lagi senda tawa dari ayahnya buat selamanya…

Baca juga: 8 Bulan Tak Balik Kampung, Anak Buat Surprise Pulang Sebagai Polis. Sebak…

SATU KELUARGA POSITIF COVID-19 TAPI AYAH YANG PERGI…

Seperti video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai IekaSanie mengundang sebak orang ramai apabila satu keluarganya dijangkiti Covid-19 dan akhirnya ayah tersayang yang menjadi korban wabak tersebut.

Menurut anak arwah, ayahnya dimasukkan ke wad selama 8 hari sebelum doktor menghubungi mereka sekeluarga memberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.

Difahamkan keadaan arwah ayahnya kritikal kerana paras oksigen secara tiba-tiba menurun ke bacaan 55 peratus.

Lambaian atas ambulans adalah lambaian terakhir

Apa yang memberi kesan kepada orang ramai adalah sifat ayahnya yang riang dan baik dengan semua orang. Lambaian di dalam video tersebut merupakan lambaian dan pelukan terakhirnya untuk keluarga tercinta.

Semoga arwah Rizalsani atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Tam’ di kawasan perumahannya ditempatkan dalam kalangan 0rang-orang yang beriman. Al-fatihah.

@iekasanieAl Fatihah ##covid ##covidfigther ##covid19♬ original sound – iekasanie

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang turut berkongsikan kisah yang hampir sama apabila kehilangan ibu atau bapa akibat jangkitan wabak. Bukan itu sahaja, salah seorang jururawat yang menjaga arwah ayah pemilik akaun Tiktok ini juga turut hadir meninggalkan komen mengenai arwah ayahnya ketika di dalam wad.

Sumber: Tiktok @iekasanie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×