Famili

8 Bulan Tak Balik Kampung, Anak Buat Surprise Pulang Sebagai Polis. Sebak…

184
SHARES

Ibu bapa mana yang tidak sayang dan rindukan anak-anak. Tambah pula apabila sudah lama tidak bertemu gara-gara mengejar cita-cita, apa yang boleh dikirimkan hanyalah doa untuk kejayaan anak. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan ini apabila anak sudah 8 bulan tidak dapat pulang ke kampung, dan akhirnya pulang sebagai anggota polis membawa khabar gembira. Sebak!

Baca juga: Terkejut 17 Cawan Air Boba Sampai Rumah, Rupanya Anak Order Sampai RM150!

8 BULAN TAK BALIK KAMPUNG, BUAT KEJUTAN

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Ummi, memaparkan seorang pegawai polis yang lengkap berpakaian uniform membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya. Difahamkan, pegawai polis ini sudah lapan bulan tidak berjumpa dengan ahli keluarganya yang lain berikutan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Kejutan untuk tokwan dan maktok. 8 bulan tak berjumpa. Sebenarnya tokwan dengan maktok tak tahu yang Pak Caq akan balik hari ini. Kami adik beradik rahsiakan. 8 bulan Pak Caq di Pusat Latihan Polis Pulapol. Alhamdulillah hari ni balik dengan kejayaan.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila melihat reaksi ibu bapanya yang mengalirkan air mata sejurus melihat anak lelaki mereka pulang ke rumah setelah sekian lama tidak bertemu. Tambah pula bila anak pulang dengan membawa berita gembira, makin bangga dan terharu rasa hati.

Kami semua tahu yang tokwan dan maktok rindu sangat dekat Pak Caq. Lihat reaksi tokwan masa ini, satu rumah jadi sunyi sepi, air mata kerinduan.

@ummibieSuprise Untuk Tokwan Dan Maktok ❣️😢##allahallahaghisna ##fypシ ##fypdongggggggg ##fypviral ##memories2021♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

RINDU KAMPUNG…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video tersebut dan turut meluahkan rasa rindu buat keluarga yang berada di kampung halaman. Maklumlah, sudah lama rasanya tidak dapat pulang ke kampung bertemu keluarga.

Sumber: Tiktok @ummibie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×