Famili

Terkejut 17 Cawan Air Boba Sampai Rumah, Rupanya Anak Order Sampai RM150!

3K
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan anak-anak zaman sekarang asyik melekat dengan gajet. Bukan sahaja tujuan untuk hiburan malah gajet juga digunakan untuk tujuan pembelajaran. Namun, seperti kisah dari ibu ini di mana anaknya telah menggunakan aplikasi pesanan makanan di dalam telefon sehingga memakan melanja RM 150! Apa agaknya yang anaknya ‘order’ tu ya?

Baca juga: Anak Tak Sengaja Order 100 Mangkuk Mi, Duit Ayah Lesap RM866!

ANAK ORDER AIR, RM150 TERBANG!

Seperti video dikongsi seorang guru dikenali sebagai Cikgu Lala, di laman TikTok, menceritakan nasibnya yang perlu membayar hampir RM150 berikutan pesanan yang dibuat oleh anaknya. Ujar wanita ini, pada mulanya dia ‘terkejut’ apabila datang seorang penghantar makanan yang membawa 17 cawan minuman yang ditempah oleh anaknya yang dikenali sebagai Afi.

@cikgulalamamatpengajaran buat mama. anak main hp oder 17 cup air coolblog kat foodpanda. Rm150 terbang♬ original sound – CikguLala

Ya Allah cubalah korang tengok Afi order Coolblog 17 cup. Terkejut Lala tiba-tiba je Foodpanda datang hantar Coolblog. RM 147, Ya Allah rasa macam nak pengsan. Afi punya kerja .

@cikgulalamamatSalam kenal dari Afi Anaqi. Saya lah yang oder Foodpanda Mama saya 😂 ##bamafidondeng♬ Reckless – Madison Beer

Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan anaknya yang berusia tujuh tahun gemar minum air jenis boba dan dia menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran buat dirinya. Bukan itu sahaja, ibu turut kongsikan bahawa anaknya adalah anak autism.

Pengajaran buat mama. Anak main handphone order 17 cup air Coolblog dekat Foodpanda. Rm150 terbang.

ANAK ‘SET PAYMENT’ COD

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan apa yang telah terjadi dan sempat berkongsikan pengalaman yang sama dialami oleh mereka.

Sumber: @cikgulalamamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×