Famili

Anak Tak Sengaja Order 100 Mangkuk Mi, Duit Ayah Lesap RM 866!

1.4K
SHARES

Sebelum ini, seringkali kita terbaca kisah yang memaparkan kanak-kanak memesan makan di perkhidmatan makanan online dalam kuantiti yang banyak. Mana tidaknya, pada usia sebeginilah mereka ingin tahu dengan segala teknologi yang ada terutama sekali melalui telefon bimbit.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan ini dimana kanak-kanak ini memesan 100 mangkuk mi untuk dihantar ke rumah!

Artikel berkaitan: Resepi Mi Wantan Chinese Style Macam Di Kedai, Terliur!

ANAK TAK SENGAJA ORDER 100 MANGKUK MI!

Kali ini di China pula, seorang budak perempuan berusia empat tahun membuatkan ibu bapanya ‘garu kepala’ gara-gara pesanan makanan secara online. Daripada hanya ingin membeli semangkuk mi, kanak-kanak itu telah memesan 100 mangkuk mi untuk dihantar ke rumah mereka! Banyak tu!

Menurut perkongsian dari Mothership.sg, kanak-kanak tersebut telah tertekan angka ‘kosong’ sebanyak dua kali menggunakan telefon ayahnya, membuatkan si bapa terkejut melihat penghantar makanan datang membawa 100 mangkuk mi ke rumah mereka.

Dek kerana teruja, si bapa menyangka dia telah memenangi hadiah mi percuma, sehinggalah dia melihat pesanan pada telefon miliknya, tulis portal itu.

Namun, apabila ditanya kepada si anak, jawabnya, “Saya tidak tahu.” sambil tersengih dan ketawa.

Malah, penghantar makanan dikatakan terpaksa berulang alik sebanyak tujuh hingga ke lapan kali untuk membawa tempahan bernilai S$281.32 (sekitar RM866) itu.

Tambah Mothership.sg, keluarga berkenaan berjaya menghabiskan lapan mangkuk, manakala baki 92 lagi diberikan kepada tukang cuci dan jiran secara percuma. Bertuah tukang cuci dan jiran dapat makanan percuma.

Sumber: Mothership.sg

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×