Dapur

Resepi Mi Wantan ‘Chinese Style’ Macam Di Kedai, Terliur!

18
SHARES

Sepanjang PKP pasti sudah banyak menu yang telah dicuba, sampai dah pening kepala dibuatnya. Kalau bosan hari-hari asyik makan nasi sahaja, apa kata anda cuba buat mi wantan ala chinese style macam di kedai. Maklumlah, bila tak dapat nak dine-in di luar, kita kena pelbagaikan menu di rumah. Jom try!

Artikel berkaitan: Resepi Laksa Thai (Ayam), Tak Ada Ikan Pun Boleh Siap!

BAHAN-BAHAN MI WANTAN

-Mi wantan

-Dumpling segera

-Park choy

-Bebola ikan

-Bawang putih dan kicap

1. Mula-mula, buat sup dulu. Didih air lepas tu masukkan stok pekat pati ayam.

2.Bila dah mendidih, masukkan dumpling ke dalam sup. Kalau nak goreng pun boleh.

3.Masukkan bebola ikan.

4.Masukkan daun bawang. Saya guna daun bawang putih lebih rangup.

5.Tutup api dan titiskan minyak bijan.

6. Kemudian kita buat minyak bawang putih.

7.Bancuhan minyak mi wantan :

2 sb kicap cair
2 sb kicap manis
1 sb kicap karamel

Lepas tu ambil sesudu minyak bawang tadi letak sekali.

8. Untuk chili oil, boleh guna chili flakes. Kalau tak ada, boleh blend sahaja cili kering tapi jangan halus sangat.

9. Masukkan garam dan gula bersama cili kering yang dah dikisar. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, daun salang.

10. Bila minyak dah betul-betul panas, curahkan ke dalam mangkuk cili kering tadi.

11.Celur mi wantan.

12.Ayam tu guna dada ayam perap dengan sos tiram, gula sikit dan 5 spices. Bakar atas kuali leper.

Sos lada tu ssama macam buat cili nasi ayam. Cili merah + lada api + bawang putih + halia + cuka + gula. Blend lumat lepas tu masak atas dapur. Boleh tahan berbulan-bulan.

Sumber: Wan Luqman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×