Suami Isteri

Encik Suami Sila Tahan ‘Geram’ Tengok Isteri Masa Puasa, Ini 5 Tips Untuk Kawal Rasa Asmara

68
SHARES
CARA TAHAN NAFSU SEKSUAL

Sesetengah pasangan suami isteri tidak dapat mengawal nafsu syahwat ketika bulan puasa sehingga ada yang sanggup membatalkannya pada siang hari. Bagi mengelakkan perkara ini berterusan berlaku, anda boleh cuba cara tahan nafsu seksual ketika bulan Ramadan seperti dikongsikan di bawah.

Lima cara yang dikongsikan ini sangat mudah dan sedikit sebanyak diharapkan agar dapat membantu anda untuk tidak bersetubuh pada waktu yang dilarang.

Baca juga: 8 Sebab Kenapa Lelaki Pakai Kondom Masa Hubungan Intim, Katanya Lebih Puas? Wow!

CARA TAHAN NAFSU SEKSUAL KETIKA BULAN PUASA

CARA TAHAN NAFSU SEKSUAL

1. Konsum ubat

Antara cara tahan nafsu sesksual ketika bulan puasa adalah dengan bantuan ubat. Anda boleh berjumpa doktor untuk mengawal ‘selera’ seksual ketika bulan Ramadan.

Jangan malu-malu untuk berjumpa doktor sekiranya nafsu anda tidak dapat dikawal. Bahaya jika dibiarkan! Perlu diingatkan agar tidak membeli ubat sembarangan tanpa nasihat doktor.

2. Komunikasi dengan pasangan

Pasangan suami isteri yang bersenggama pada waktu siang boleh dikenakan denda iaiti bayaran kaffarah. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda dinasihatkan untuk berkomunikasi dengan pasangan.

Hal ini supaya kedua-dua pihak faham situasi dan hubungan seksual pada bulan Ramadan perlu dikawal. Jangan teragak-agak untuk berkomunikasi tentang keazaman anda ingin berpuasa dengan betul.

3. Jangan cakap tentang seksual

Langkah seterusnya untuk menahan nafsu ketika bulan Ramadan adalah anda perlu mengelakkan perbualan yang boleh meningkatkan nafsu syahwat.

Walaupun kadang kala ia sekadar gurauan, namun tanpa disedari akan meningkatkan keinginan seksual pasangan. Jadi, berhati-hati bila bercakap.

4. Buat aktiviti lain

Selain itu, untuk mengelakkan anda bersetubuh bersama pasangan, dinasihatkan agar menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti lain.

Anda boleh membuat aktiviti harian yang mudah dan menyeronokkan agar keinginan seksual dapat ‘dilupakan’. Anda juga boleh perbanyakkan aktiviti ibadah seperti membaca al-Quran dan sebagainya untuk menambah pahala.

5. Kawal pergerakan

Akhir sekali, cara tahan nafsu ketika bulan puasa adalah dengan mengawal pergerakan. Hal ini kerana keinginan seksual boleh timbul sekiranya sentuhan fizikal berlaku secara kerap.

Jadi, kawal pergerakan dan batas sesama suami isteri terutamanya ketika waktu siang agar puasa tidak terbatal. Elakkan juga menonton sebarang video berunsurkan lucah.

*Tak susah pun kan? Harap-harap anda semua boleh tahan nafsu ya.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Hukum Suami Paksa Isteri Melakukan Hubungan Intim, Berdosa Ke?

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×