Suami Isteri

Jodoh Tak Panjang, Ini 8 Pasangan Selebriti Bercerai Di Tahun 2024, Tapi Ada Yang Kasih Bertaut Kembali?

2
SHARES
selebriti malaysia

Biarpun belum sampai di penghujung tahun 2024, namun berita perceraian dalam kalangan selebriti malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tiada siapa menginginkan perkahwinan yang dibina berakhir dengan perceraian hidup.

Namun, andai suratan jodoh sudah sampai di situ tiada siapa juga yang dapat menghalangnya. Justeru itu, berikut merupakan senarai pasangan selebriti dan termasuklah pempengaruh media sosial yang sudah pun mengesahkan perceraian mereka pada tahun ini.

Baca juga: “Sebelum Tambah Anak, Tambah Bilik Dulu” Jangan Aniaya Zuriat Kalau Hak Ini Tak Mampu Disediakan!

SELEBRITI MALAYSIA BERCERAI 2024

1. Adira dan Datuk Red

berita perceraian

Gambar: Adira dan bekas suami Datuk Red.

Perkahwinan dibina selama sembilan tahun akhirnya terlerai apabila penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sah bercerai talak satu pada pagi 24 April.

Bagaimanapun, petikan media tempatan pada 27 Ogos memaklumkan Adira kini difahamkan menjalin semula ‘ikatan kasih’ bersama Datuk Red serta merancang untuk bernikah semula.

2. Aliff Aziz dan Bella Astillah

perceraian

Gambar: Bella Astillah dan Alif Aziz.

Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu. Menurut laporan media tempatan, Bella yang tampak tenang ketika lafaz diucapkan, bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun, rujuk semula dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Baca juga: [VIDEO] Pengantin Lelaki Didukung Isteri Dambaan Hati, “Kalau Besar Pun Okey, Seronok Nak Peluk”

3. Nora Danish dan Nedim Nazri

perceraian

Gambar: Nora Danish dan Nedim Nazri.

Rumah tangga pelakon Nora Danish dan pasangannya Nedim Nazri yang terbina selama lebih 7 tahun, akhirnya ditamatkan dengan persetujuan untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada 19 Jun jam 8.34 malam.

4. Syamsul Yusof dan Ira Kazar

berita perceraian

Gambar: Syamsul Yusof dan bekas isterinya Ira Kazar.

Pada 5 September lalu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, telah mengesahkan lafaz cerai taklik pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan sah bercerai talak satu dengan isterinya, Ira Kazar.

Mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus menjatuhkan talak ke atasnya.

Baca juga: Biodata Mirzan Meer Pewaris Habib Jewels, Berjaya ‘Tambat’ Hati Bintang Terkenal Indonesia

5. Fattah Amin dan Fazura

selebriti malaysia

Gambar: Fattah Amin dan Fazura.

Selepas tujuh tahun berkahwin, pasangan selebriti popular iaitu pelakon Fattah Amin dan isterinya Fazura akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Setelah hampir dua bulan bercerai, semalam Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Fazura juga difahamkan telah memfailkan tuntutan berhubung kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah.

6. Emma Maembong dan Shazli Azhar

selebriti malaysia

Gambar: Emma Maembong dan Shazli Azhar.

Pada hari yang sama Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu, kemudian Emma Maembong telah membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya.

Emma memaklumkan kepada media tempatan bahawa dia telah bercerai secara baik dengan bekas suaminya dan sudah menamatkan tempoh idah.

Baca juga: Encik Suami Jangan Berani Sembunyi Apa-Apa Tau, Isteri Ni Ada ‘Gerak Batin’ Cepat Boleh Hidu!

7. Cik Epal dan Jofliam

perceraian

Gambar: Cik Epal dan Jofliam.

Berita perceraian pada bulan Oktober tahun ini berlanjutan lagi, apabila pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mengesahkan perkahwinannya bersama Jofliam sudah pun terlerai setelah terbina selama 10 tahun.

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud telah mengumumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di media sosialnya pada 9 Oktober.

8. Idzham Ismail dan Nur Abilah

berita perceraian

Gambar: Idzham dan bekas isteri Nur Abilah.

Terbaharu, aktor tinggi lampai, Idzham Ismail mengesahkan perkahwinannya dengan bekas isteri, Nur Abilah Shamsudin sudah menemui titik noktah selepas Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan penceraian mereka pada 4 November.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Baca juga: Mulut Masyarakat Suka ‘Mengata’ Wanita Tak Kahwin, Inilah 5 Gangguan Diterima ANDARTU!

FT Image: pittsburghfamilylawfirm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×