Suami Isteri

Jangan Salahkan Diri Bila Salah Pilih Suami, Tapi Ikut Pesan Tok Abah Fadzilah Kamsah Ini…

6
SHARES
SALAH PILIH SUAMI

Setiap hari ada sahaja berita mengenai perceraian yang berlaku dan rata-rata wanita menyalahkan diri sendiri kerana salah pilih suami sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, menurut perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebooknya, menyalahkan diri sendiri adalah tidak bagus kerana ia seakan-akan menyalahkan takdir. Sebaliknya, anda perlu ikuti nasihat seperti di bawah.

Baca juga: Encik Suami Sila Tahan ‘Geram’ Tengok Isteri Masa Puasa, Ini 5 Tips Untuk Kawal Rasa Asmara

JANGAN SALAHKAN DIRI BILA SALAH PILIH SUAMI, BUAT MACAM INI

SALAH PILIH SUAMI

“Saya rasa saya wanita paling malang sebab tersalah pilih suami.”

Jangan salahkan diri sendiri bila tersalah pilih suami. Hal ini kerana apabila salahkan takdir, itu tandanya anda salahkan Yang Menentukan Takdir.

Jadi, apa boleh buat saat ini adalah:

1. Hantar gelombang kasih sayang pada pasangan melalui doa

“Ya Allah, aku doakan suamiku sedar akan tanggungjawabnya untuk memimpin keluarga ini. Jauhkanlah dia dari sifat keji, amarah atau apa sahaja yang boleh mengganggu keluarga ini.”

Berdoalah dengan penuh ikhlas, tadah tangan penuh pengharapan.

2. Berubah ke arah kebaikan

Samada anda buat dia berubah atau diri sendiri yang terpaksa berubah. Pastikan perubahan itu adalah menuju kebaikan, keharmonian dan kebahagiaan buat seisi rumahtangga.

3. Serahkan sebulat-bulatnya pada Allah SWT

Jika saat ini, segala jalan telah menemui kebuntuan, berserahlah pada Allah SWT. Hanya Dia mampu mengubah hati pasangan kita dan pada-Nya jua kita mohon segala kekuatan dan keajaiban.

Buat anda yang diuji dengan ujian dari pasangan, jangan putus harapan, jangan salahkan diri sendiri, jangan salahkan takdir dan jangan biarkan segala beban kamu pikul dengan menyesali diri.

Dari gunakan tenaga untuk menyesali, sebaiknya gunakanlah tenaga tersebut untuk buat pilihan baru iaitu pilihan-pilihan untuk berubah dan mencari jalan harmoni untuk kehidupan kamu sepanjang hayat nanti.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 8 Sebab Kenapa Lelaki Pakai Kondom Masa Hubungan Intim, Katanya Lebih Puas? Wow!

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×