Nur

30 Doa Harian Untuk Anda Baca Sepanjang Bulan Ramadan, Waktu Mustajab Berdoa

4
SHARES
DOA HARIAN BULAN RAMADAN

Umum sedia maklum, bulan Ramadan antara bulan mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT. Antara waktunya adalah sebelum berbuka puasa, semasa berpuasa dan ketika sahur. Doa harian bulan Ramadan boleh juga dibaca dalam bahasa Melayu seperti yang dikongsikan di bawah.

30 doa ini boleh dibaca setiap hari untuk mendapat keberkatan dan semoga setiap permintaan dimakbulkan olehNya. InsyaAllah.

Baca juga: Doa Waktu Sahur Yang Dianjurkan Untuk Baca, Rugi Kalau Bangun & Makan Sahaja…

30 DOA HARIAN BULAN RAMADAN DALAM BAHASA MELAYU

DOA HARIAN BULAN RAMADAN

Antara doa harian dalam bahasa Melayu yang boleh dibaca adalah:

Hari 1

“Ya Allah! Jadikanlah puasaku padanya (hari ini) sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Kejutlah aku dari tidur orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku padanya, wahai Than sekalian alam! Ampunilah aku, wahai Pengampun orang yang bersalah.”

Hari 2

“Ya Allah! Dekatkanlah aku padanya (hari ini) kepada keredaanMu dan jauhkanlah aku daripada kemurkaan dan pembalasan azab-Mu. Bimbinglah aku padanya untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Penyayang daripada semua yang penyayang.”

Hari 3

“Ya Allah! Kurniakanlah aku padanya (hari ini) kecerdikan dan kewaspadaan, serta jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah habuan untukku daripada segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Zat Yang Maha Pemurah daripada semua yang pemurah.”

Hari 4

“Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku padanya (hari ini) untuk menegakkan perintah-Mu, dan rasakan aku kemanisan berzikir mengingati-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, demi kemuliaan-Mu dan peliharalah aku dengan peliharaan dan perlindungan-Mu, wahai Zat Yang Maha Melihat.”

Hari 5

“Ya Allah! Jadikanlah aku padanya (hari ini) di kalangan orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku di kalangan para hamba-Mu yang salih dan taat, serta jadikanlah aku di kalangan para wali-Mu yang dekat di sisi-Mu, dengan belas kasihan-Mu, wahai Zat Yang Maha Penyayang daripada semua yang penyayang.”

Hari 6

“Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan daku padanya (hari ini) kerana tergamaknya aku berbuat maksiat kepada-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cemeti kemurkaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada segala yang menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Puncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari 7

“Ya Allah! Bantulah aku padanya (hari ini) untuk melaksanakan puasanya dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada kelalaian dan dosa-dosanya. Kurniakanlah aku kemampuan mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufiq-Mu, wahai Zat Yang Memberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari 8

“Ya Allah! Kurniakanlah aku padanya (hari ini) rasa sayang terhadap anak-anak yatim, suka memberi makan, menyebarkan salam dan bersahabat dengan gorang yang mulia, demi kemuliaan-Mu wahai Zat yang diminta perlindungan oleh orang yang berharap.”

Hari 9

“Ya Allah! Sediakanlah untukku padanya (hari ini) habuanku daripada rahmat-Mu yang luas dan berikanlah aku petunjuk bag memperoleh bukti-bukti-Mu yang terang, serta bimbinglah aku menuju kepada keredaan-Mu yang penuh, demi kecintaan-Mu, wahai Zat yang diharapkan oleh orang yang rindu.”

Hari 10

“Ya Allah! Jadikanlah aku padanya (hari ini) di kalangan orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang menang di sisi-Mu, serta jadikanlah aku dalam kalangan orang yang dekat kepada-Mu, dengan ihsan-Mu, wahai Zat yang menjadi matlamat orang yang memohon.”

Hari 11

“Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku padanya (hari ini) kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kefasikan dan kemaksiatan, serta haramkanlah ke atas diriku daripada mendapat kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, wahai Penolong orang yang meminta pertolongan.”

Hari 12

“Ya Allah! Hiasilah diriku padanya (hari ini) dengan penutupan dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian quna’ah dan kecukupan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Selamatkanlah diriku daripada setiap yang aku takuti, dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga orang yang takut.”

Hari 13

“Ya Allah! Sucikanlah diriku padanya (hari ini) daripada kekotoran dan kejelekan. Berikanlah kesabaran kepadaku untuk menghadapi segala ketentuan. Pimpinlah aku kepada ketaqwaan, bersahabat dengan orang yang baik, dengan bantuan-Mu, wahai Penyejuk mata orang yang miskin.”

Hari 14

“Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku padanya (hari ini) lantaran kekeliruan yang dilakukan dan ampunilah aku daripada pelbagai kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala bencana dan malapetaka, demi kemuliaan-Mu, wahai Kemuliaan kau Muslimin.”

Hari 15

“Ya Allah! Kurniakan daku padanya (hari ini) ketaatan orang yang khusyuk, dan lapangkanlah dadaku dengan taubat orang
yang menyesal, demi keamanan-Mu, wahai Keamanan untuk orang yang takut.”

Hari 16

“Ya Allah! Pimpinlah aku padanya (hari ini) untuk menjalani hidup menepati kehidupan orang yang baik, dan jauhkanlah aku daripada berdampingan dengan orang yang jahat, serta naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai ke negara abadi (alam akhirat), demi ketuhanan-Mu, wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari 17

“Ya Allah! Pimpinlah aku padanya (hari ini) kepada amal salih, dan penuhilah hajat serta cita-citaku, wahai Yang tidak berhajat kepada tafsiran dan soal, wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh alam. Limpahlah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci.”

Hari 18

“Ya Allah! Kejutkanlah aku padanya (hari ini) agar beroleh pelbagai keberkatan yang terdapat di sat sahur, dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya yang terpancar, serta bimbinglah aku dengan seluruh anggota tubuhku untuk mengikuti kesan-kesannya, dengan keberkatan cahaya-Mu wahai penerang hati para ‘arifin (orang yang benar mengenali Allah)

Hari 19

“Ya Allah! Penuhilah habuanku padanya (hari ini) dengan pelbagai keberkatannya, dan mudahkanlah jalanku menuju segala kebaikannya. Janganlah Engkau jauhkan daku daripada menerima pelbagai kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang.”

Hari 20

“Ya Allah! Bukakanlah bagiku padanya (hari ini) pintu-pintu syurga dan tutuplah bagiku pintu-pintu neraka, serta pimpinlah aku untuk membaca al-Quran, wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang yang beriman.”

Hari 21

“Ya Allah! Jadikanlah untukku padanya (hari ini) satu petunjuk jalan kearah keredaan Mu, dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku, serta jadikanlah syurga bagiku sebagai tempt tinggal untuk istirehat, wahai Penunai keperluan orang yang meminta.”

Hari 22

“Ya Allah! Bukakanlah untukku padanya (hari ini) pintu-pintu kurniaan-Mu, dan turunkanlah untukku segala keberkatan-Mu,
serta pimpinlah aku kepada faktor kerehaan-Mu, dan tempatkan aku di dalam syurga-Mu yang luas, Wahai Penyahut doa orang yang ditimpa kesusahan.”

Hari 23

“Ya Allah! Sucikanlah aku padanya (hari ini) daripada dosa-dosa, dan bersihkan diriku daripada segala ail, serta sucikanlah hatiku dengan ketaqwaan, wahai Penghapus kesalahan orang yang berdosa.”

Hari 24

“Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu padanya (Hari ini) perkara yang mendatangkan keredaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada perkara yang kemurkaan-Mu, serta aku memohon kepada-mu taufik untuk mentaati-Mu dan tidak menderhakai-Mu, wahai Yang Maha Pemurah kepada orang yang meminta.”

Hari 25

“Ya Allah! Jadikanlah aku padanya (hari ini) sebagai seorang yang mencintai para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu, serta jadikanlah aku seorang yang mengikut sunnah penutup para nabi-Mu, wahai Penjaga hati para nabi.”

Hari 26

“Ya Allah! Jadikanlah usahaku padanya (hari ini) sebagai usaha yang disyukuri, dosa-dosaku diampuni, amalku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, wahai Yang Maha mendengar melebihi semua yang mendengar.”

Hari 27

“Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku padanya (hari ini) kelebihan malam al-Qadr, dan ubahkanlah segala ushaku yang sulit menjadi mudah, serta terimalah permohonan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap para hamba-Nya yang soleh.”

Hari 28

“Ya Allah! Penuhkanlah habuan hidupku padanya (hari ini) dengan amalan-amalan sunat, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan seta dekatkanlah jalanku yang menuju kepada-Mu di antara pelbagai jalan, wahai Yang tidak terganggu oleh permintaan orang yang meminta.”

Hari 29

“Ya Allah! Liputilah aku padanya (hari ini) dengan rahmat, dan kurniakanlah kepadaku taufiq dan pemeliharaan, serta sucikanlah hatiku daripada noda-noda fitnah, wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman.”

Hari 30

“Ya Allah! Jadikanlah puasaku padanya (hari ini) disertai dengan rasa syukur dan menerima apa sahaja yang Engkau redai dan apa yang diredai oleh Rasulullah SAW cabang-cabangnya kukuh dan kuat disebabkan asas-asasnya, dengan berkat hak kenabian Muammad dan sekeluaganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.”

Semoga Ramadan tahun ini memberi seribu satu makna dalam kehidupan anda.

Baca juga: Senarai Masjid Mesra Kanak-Kanak Waktu Bulan Ramadan, Ibu Ayah Boleh Solat Tarawih

Sumber: Facebook Aneka Resepi Masakan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×