Percutian

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pergi China Dari Perlis Naik Kereta Api, ‘Hangus’ RM500+ Je…

2
SHARES
cara pergi china

Menerusi perkongsian seorang lelaki bernama Muhammad Syauqi di laman Facebooknya, dia ada menceritakan pengalaman cara pergi China menaiki kereta api dari Arau, Padang Besar.

Jelasnya, kesemua perbelanjaan tidak mencecah sehingga RM600 dan sangat menjimatkan. Sekiranya anda ingin mencuba cara pergi China menggunakan kereta api, baca artikel ini sehingga habis.

Baca juga: Festival Lentera Putrajaya Bertemakan Tradisi & Cahaya Bermula 24 Februari – 3 Mac Ini

CARA PERGI CHINA NAIK KERETA API DARI ARAU PADANG BESAR

CARA PERGI CHINA

Malaysia to China by train. Route : Arau-Kunming

Arau-Padang Besar (15 minit komuter): RM 3.20
Padang Besar-Hatyai (1 jam train): RM 8
Hatyai-Bangkok (16 jam 3rd class train): RM 45
Bangkok-Nong Khai (10 jam sleeper train): RM 124
Nong Khai-Thanaleng (15 minit train): RM 3
Thanaleng-Vientiane (minivan): RM 50
Vientiane-Luang Prabang (2 jam train): RM 76
Luang Prabang-Boten (2 jam 30 min train): RM 38
Boten-Immigration (minivan): RM 11
Immigration-Mohan (bas): RM 3
Mohan-Kunming (6 jam train): RM 175

Total : RM 536

Tiket semua beli di kaunter train station kecuali Bangkok-Nong Khai online website State Railways Thailand (SRT)

Tiket ada yang dibayar dengan Baht (Thailand), Lao Kip (Laos) dan Renminbi (China). Cuma saya convert siap-siap dalam duit ringgit untuk memudahkan orang yang membaca.

Saya bukanlah orang pertama naik train ke China. Belambak dah orang buat. Cuma berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, mana tahu ada yang terinspirasi untuk turut sama mengembara cara sebegini.

Nak mudah dan jimat masa, terbang sahaja ke negara China. Tapi, nak adventure dan banyak cerita, boleh guna jalan darat dari Malaysia.

Baca juga: Jadual Perjalanan Tren MySawasdee 2024 Ke Hatyai, Boleh Beli Tiket Bermula 4 Mac Ini

Sumber: Muhammad Syauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×