Inspirasi

Video 4 Musim Di Eropah Dalam 40 Saat Yang Menakjubkan!

89
reads
Video 4 Musim Di Eropah Dalam 40 Saat Yang Menakjubkan!

4 Musim Di Eropah

Ini bukan di rumah 4 musim di Bukit Cherakah, Shah Alam. Bukan juga kejadian musim bunga sakura di Kedah, yang persis bagaikan di Korea dan Jepun, pada bulan April 2014 yang lalu. Ini adalah kejadian yang sebenar di Eropah.

Bertempat di Oslo, Norway, gambar ini diambil di tempat yang sama selama setahun pada tahun 2008. Video YouTube ini juga sudah ada sejak 5 tahun yang lalu. Sungguh cantik gambar ini yang menunjukkan pertukaran 4 musim di Eropah. Cuba dengar bunyi serangga dan mergastua yang cukup mendamaikan.

Bagi sesiapa yang tidak pernah merasai 4 musim, ambil kesempatan untuk melihat pertukaran yang menakjubkan ini.

Jangan lupa ucapkan Subhanallah.

Untuk pengetahuan, musim adalah salah satu pembahagian utama tahun, biasanya berdasarkan bentuk iklim yang luas. Biasanya satu tahun terbagi menjadi empat musim iaitu musim panas, musim luruh, musim bunga dan musim sejuk. Namun, oleh kerana Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa beriklim tropika, kita tidak mengalami 4 musim. Hanya musim panas dan lembab sahaja.

Yang Popular

To Top