Percutian

15 Tempat Menarik Di China Kena Singgah Bila Dah Sampai, Barulah Lengkap Percutian!

46
SHARES
TEMPAT MENARIK DI CHINA

China merupakan negera yang kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam serta menawarkan beberapa tempat menarik di China untuk anda kunjungi.

Setiap sudut dan tempat di sana menyimpan keajaiban memukau dan pengalaman budaya yang tidak dapat dilupakan. Sekiranya anda memilih China sebagai destinasi percutian seterusnya, jangan lupa singgah 15 tempat di bawah ini.

Baca juga: Tips Beli Luggage Supaya Tak Menyesal Waktu Travel, Confirm Tak Cepat Pecah!

15 TEMPAT MENARIK DI CHINA, SERONOKNYA JALAN-JALAN

TEMPAT MENARIK DI CHINA

Shanghai

1. The bund

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berjalan-jalan di sepanjang sungai. Anda dapat menghayati struktur bangunan yang besar dan tinggi serta permandangan memukau.

2. Menara Oriental Pearl

Menara Oriental Pearl dikatakan menerima kira-kira 2.8 juta pelawat setahun dengan tarikan seperti restoran berputar, pusat membeli-belah, hotel dan roller coaster.

Sekiranya anda ingin melihat keseluruhan kota Shanghai, boleh naik ke atas dek pengamatannya.

3. Taman Yu

Taman Yu atau Yuyuan adalah taman Cina yang luas terletak di sebelah Kuil Dewa Kota, timur laut Kota Lama Shanghai di Daerah Huangpu, Shanghai.

Ia bersempadan dengan Yuyuan Tourist Mart, Huxinting Teahouse dan Yu Garden Bazaar.

4. Muzium Shanghai

Antara tempat menarik untuk dilawati adalah Muzium Shanghai. Di sini pelbagai alatan ketika zaman purba dipamerkan untuk tontonan umum.

Bukan itu sahaja, karya seni seperti lukisan, ukiran, kaligrafi, seramik dan lain-lain dari dinasti Ming dan Qing juga ada. Menarik kan?

5. Menara Shanghai

Menara Shanghai adalah bangunan pencakar langit setinggi 128 tingkat, 632 meter di Lujiazui, Pudong, Shanghai. Ia adalah bangunan tertinggi di China dan bangunan ketiga tertinggi di dunia dan mempunyai LEED Platinum tertinggi dan terbesar di dunia sejak 2015.

Guangzhou

TEMPAT MENARIK DI CHINA

Kredit: Klook

1. Menara Canton

Menara Canton memiliki ketinggian 600m dan di sini anda boleh melihat pemandangan indah Guangzhou. Terdapat juga restoran untuk menikmati kopi atau teh bersama insan tersayang.

2. Chimelong Safari Park

Sekiranya anda merupakan pencinta haiwan, jangan lepaskan peluang untuk melawat Chimelong Safari Park yang mempunyai keluasan kira-kira 1,333,340 batu persegi.

Lebih menarik lagi, ini merupakan safari park terbesar di China dan memiliki resort pelancongan dengan pemandangan yang memukau.

3. Pulau Shamian

Lokasi menarik di Guangzhou yang selanjutnya adalah Pulau Shamian. Di sini anda boleh belajar mengenai sejarah dan dinasti. Bangunan di sini diinspirasikan oleh Eropah dan seakan-akan sedang berada di sana.

4. Chimelong Paradise

Jangan lupa untuk ke taman tema Chimelong Paradise sekiranya anda berada di Guangzhou. Pelbagai tarikan ada di sini dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Selain itu, terdapat beberapa restoran bertema yang menampilkan gabungan makanan dari seluruh dunia. Jangan risau, Chimelong Paradise juga ada menyediakan berpuluh-puluh kedai yang boleh anda pilih dan beli!

5. Chen Clan Ancestral Hall

Ini merupakan sebuah kuil akademik di Guangzhou, China, dibina oleh 72 puak Chen untuk penginapan junior mereka dan persediaan untuk peperiksaan empayar pada tahun 1894 semasa dinasti Qing.

Tempat Menarik di China – Beijing

TEMPAT MENARIK DI CHINA

Kredit: National Geographic

1. Tembok Besar China

Tak perlu ulasan panjang, Tembok Besar China merupakan tempat yang perlu disinggah sekiranya berada di Beijing.

2. Kota Larangan

Tempat menarik di Beijing ini dibangunkan pada abad ke-13. Sekiranya tiba di sini, anda  patut melawati Jambatan Sungai Emas, Gerbang Meridian, dan Istana Kehormatan Syurgawi.

3. Temple of Heaven

Temple of Heaven adalah kompleks bangunan keagamaan empayar yang terletak di bahagian tenggara pusat Beijing. Kompleks ini dikunjungi oleh Maharaja Dinasti Ming dan Qing untuk upacara tahunan berdoa kepada Syurga untuk tuaian yang baik.

4. Summer Palace

Summer Palace merupakan tempat yang mempunyai tasik, taman dan istana luas di Beijing. Ia adalah taman empayar dalam dinasti Qing.

Di dalamnya termasuk Longevity Hill Kunming Lake dan Seventeen Hole Bridge. Ia meliputi kawasan seluas 2.9 kilometer persegi, tiga perempat daripadanya adalah air.

5. Dataran Tiananmen

Di dataran ini terdapat Gerbang Tiananmen, Makam Mao Zedong dan Tugu Wira Rakyat yang mempunyai ketinggian 38 meter yang dibuat daripada 17,000 keping marmar dan granit.

Wah! Banyak betul tempat menarik di China kan? Seronoknya!

Baca juga: 12 Senarai Port Makan Viral Di Sekinchan, Healing Sambil Tengok Sawah Padi Baru Seronok

Sumber: Trixoli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×