Percutian

Tips Beli Luggage Supaya Tak Menyesal Waktu Travel, Confirm Tak Cepat Pecah!

2
SHARES
LUGGAGE TAHAN LASAK

Sekiranya anda ingin membeli beg bagasi, pilih luggage tahan lasak dan berkualiti tinggi supaya tidak cepat rosak. Jangan hanya memandangan kepada design sahaja kerana risau tidak tahan lama.

Jadi, terdapat beberapa tips beli luggage perlu anda ketahui agar tidak menyesal di kemudian hari. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Minta Hutang Atau Duit Guna Aplikasi MAE Maybank, Senang Dan Cepat!

LUGGAGE TAHAN LASAK, INI TIPS PENTING ANDA KENA TAHU

LUGGAGE TAHAN LASAK

3 jenis material luggage yang popular:

Polypropylene (PP)

– Paling ringan. Plastik flexible. Durable. Robust. Harga mahal.

Polycarbonate (PC)

– Kedua ringan. Paling Durable. High regidity. Scratch resistant. Brand terkenal banyak guna material ini. Harga paling mahal.

ABS

– Diguna dekat banyak jenama entry level-medium range, unbrand china brand luggage. Less durable, keras dan boleh crack. Sekarang banyak company mix material ABS supaya lebih tahan tapi murah. Harga murah berbanding 100% PP dan PC.

Saiz boleh dibahagikan kepada:

1. Hand Carry (boleh bawa naik flight) : 20″
2. Check-in Baggage : 24″, 28″, 32″

Setiap airlines berbeza saiz dan berat beg hand carry tu. Tapi international standard 56cm x 36cm x 23cm. Ada yang strict saiz lebih tak boleh bawa naik. Siap kena ukur sebelum masuk.

Bagi hand carry luggage, pastikan cari jenis PP sebab ringan. Biasa max berat dibenarkan naik flight 7kg. Kalau beg design lawa dan cantik, tapi berat 4kg, 3kg sahaja barang boleh isi. Rugi.

Check-in luggage pula lebih baik cari jenis PC dan ABS sebab ia lebih keras, tak calar dan tahan lasak. Fokus ketahanan.

Kriteria penting perlu diambil kira ketika membeli beg bagasi adalah:

1. Roda

Ini penting. Memang ada beza bila tolak luggage mahal vs murah. Serius. Jenama mahal selalu roda dia ada bearing dan suspension.

Masa tolak senyap sahaja dan luggage tak bergegar sangat bila lalu jalan tak rata. Nak meneuver 360° mudah dan sharp. Double wheel lebih baik dari single.

2. Zip

Zip pun penting. Paling frust bila zip dekat luggage tersekat dan jammed. Cari yang anti-thieve supaya orang tak boleh tebuk luggage kita guna pen je.

Ada lugggage yang tak guna zip sekarang. Mereka guna clip. Kemas tapi kelemahannya, beg tak boleh expand 1-2 inci kalau barang dalam beg full.

3. Warranty

Bila survey luggage, benda pertama mereka akan cakap adalah tentang warranty. Cari yang boleh bagi paling lama untuk body dan sparepart. Lifetime warranty lebih baik.

Sebab bagi frequent traveller, beg paling mahal pun boleh patah roda, crack, zip rosak dan sebagainya.

3. Beg opening

Ada konvensional luggage. Maksudnya bila buka luggage terbahagi 2. Ini common.

Luggage merupakan barang yang nak dipakai lama. Mungkin lebib 5 tahun selagi tak rosak dan hancur. Jadi, pilihlah luggage tahan lasak yang menjaga kualiti.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Tepung Dengan Betul, Lebih Tahan Lama & Tak Berulat!

Sumber: X Faisal Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×