Percutian

Sebelum ‘Terbang’ Ke Iceland, Ini 10 Tips Utama Kena Tahu & Faham!

2
SHARES

TIPS MELANCONG KE ICELAND

Pasti ramai dalam kalangan kita sudah mula melancong ke luar negara selepas kerajaan memberi kebenaran untuk berjalan ke luar negara. Rata-rata mengambil peluang untuk terus ke Switzerland dan juga Iceland bagi menikmati pemandangan luar biasa ciptaan Allah SWT.

Kali ini, kami kongsikan 10 tips utama sebelum anda ‘terbang’ ke Iceland dari pengguna Facebook bernama Noor Amalina. Jangan main pergi sahaja, nanti semua salah dan percutian jadi huru-hara. Ikuti perkongsiannya di bawah…

Baca juga: Panduan Urus Passport Terbaharu Supaya Tak Kalut & Kusut, Baru Boleh Bercuti!

SEBELUM ‘TERBANG’ KE ICELAND, INI 10 TIPS UTAMA KENA TAHU & FAHAM

1. FLIGHT 

Kami beli flight direct flight Finnair KL – Iceland (transit di Singapore dan Helsinki). Return dalam RM 3800 beli 4 bulan awal. Check in sekali je dekat KL dan luggage terus sampai Iceland. Transit pun sekejap. Hassle-free. Cara lain untuk jimat ialah beli tiket KL – London dan naik budget airlines ke Iceland (Play, Easyjet).

2. TRANSPORT 

– Kereta Sewa.

Kami book kereta dengan Blue Car Rental. Kami ambil semua jenis insurance termasuk Roadside Assistance, tapi bila tayar pancit kena uruskan sendiri dan dorang suruh pergi panel workshop terdekat.

Masa tukar tayar pun jack rosak dan spare tyre takde angin. Nasib baik town paling dekat dalam 30 minit je. Jadi pastikan semuanya dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Selain tu, boleh cuba Gocarrental.is, Lotus Car Rental atau Mycar.is.

– Minyak.

Masukkan kad, pilih berapa amount nak isi, masukkan pin, then remove card. Isi sendiri macam biasa. Jangan pilih isi full sebab ada $200 security deposit.

– Parking.

Download apps Parka.is untuk bayar parking dekat tempat tourist attraction yang famous. Kalau tak ada simbol Parka.is kena bayar kat mesin.

– Tol.

Ada 1 tol je dekat North Iceland menuju ke Akureyri. Kena bayar dekat website dalam tempoh 24 jam.

– Google maps.

Dekat sana kami guna Google Maps sepanjang masa tapi 4 jam Iceland tak sama macam 4 jam JB – KL. Jalan kecil, banyak gravel road dan had laju maksimum pun hanya 90 km/h.

3. ACCOMMODATION

Hostel dan Guesthouse dalam RM 200-250 seorang kat booking.com. Accommodation sana memang best 10/10. Bayaran campsite dalam RM 60 seorang/per night. Pastikan equipment (sleeping bag, sleeping mat dan khemah) setaraf dengan cuaca Iceland supaya boleh survive. Even summer pun sejuk beku dalam khemah tu. Hati kena kental, kulit kena tebal.

4. TRAVEL LIGHT 

Advisable bawa backpack je bukan luggage sebab akan tukar-tukar tempat setiap hari. Bila bawa luggage susah nak angkut dan kereta pun jadi sardin.

5. SIMKAD 

Simkad beli dari Helo1010, Rm 64 untuk 6GB. Selain tu boleh beli local simkad kat stesen minyak, RM 90 untuk 5GB.
Jangan lupa activate simkad Malaysia roaming atau salah seorang beli local simkad sebab Helo1010 tu data je tak boleh buat outgoing call in case of emergency.

6. MAKANAN 

Ke Iceland tak boleh bawa meat dan dairy. Kalau anda nak rebel boleh bawa kalau masuk dari Schengen countries macam Finland (Helsinki) sebab tak ada lalu kastam dan imigresen bila sampai Iceland. Cop passport masa transit dekat Helsinki.

Hari tu kami bawa sardin, mushroom soup, serunding, maggi dan nasi brahims. Roti, telur dan lain-lain beli kat supermarket je. Supermarket buka pukul 11 am tutup pukul 6 pm. Kalau makan luar, 1 meal dalam RM 60 (fish & chips paling murah).

Air minum kat Iceland sangat bersih, boleh ambil terus dari tap water. Tapi kadang-kadang ada bau sulfur di beberapa tempat. Jadi kami lagi prefer ambil air kat waterfalls tepi jalan. Botol air memang dibawa ke mana-mana. Tak perlu beli air mineral.

7. AKTIVITI 

Aktiviti beroperasi penuh dari bulan May – September. Glacier Kayak, Boat Tour, ATV, Horse Riding, Puffins & Whale Watching, Glacier Hike semua available. Musim winter lebih kepada Aurora dan Ice Cave Tour.

Paling penting jangan book dengan website 3rd party macam Viator, Getyourguide, GuidetoIceland etc. Kalau ada problem susah nak deal. Just refer je list company dekat website 3rd party tu dan book direct dengan company tu.

8. SOUVENIRS 

iceland

Souvenirs boleh beli dekat Reykjavik. Fridge magnet dalam RM 20 – RM 30, tshirt RM 150, poskad RM 3, setem mahal ye RM 30.
Kalau beli lebih 6000 isk (RM 200) dalam 1 resit yang sama boleh claim tax refund. Masa bayar tu minta borang dan resit. Nanti dekat airport tunjuk je borang tu dekat kaunter tax refund, tak perlu tunjuk barang yang dibeli.

9. CASHLESS 

Dekat sana 99% kami guna Bigpay. Lagi 1% tu tukar sikit duit USD kat airport untuk bayar toilet, buat laundry dekat hostel dan bayar shower kat campsite. Toilet kena bayar 200 isk (RM 7) kalau tumpang toilet dalam kedai. Toilet free pergi visitor center.

10. ITINERARY & KOS 

– Contoh itinerary

Route A – Golden Circle + South Iceland (mudah, family-friendly, 5-7 hari)

Route B – Route A + East + North + Snæfellsnes Peninsula (moderate, 8-10 hari)

Route C – Route A + Route B + Westfjords (challenging, 14 hari)

iceland

Lepas dah confirmkan route, refer itinerary dekat blog dan susun tempat menarik ikut kesesuaian minat, musim, tenaga dan masa.

Paling penting, pilih jenis kereta yang betul. Kalau Route A, kereta 2WD boleh survive. Route B digalakkan 4WD. Route C wajib 4WD. Winter Route B dan C banyak jalan tutup.

– Kos

iceland

Kos ni subjektif. Winter Mac, April dan Oktober murah sebab off season. Sejuk, siang pendek dan ada aurora. Mei dan Sept start mahal sikit tapi siang masih panjang untuk enjoy aktiviti summer. Paling mahal Jun, Julai dan Ogos, peak season summer dekat Europe. Selain daripada bulan-bulan ni tak payah pegi, tak sesuai walaupun maybe paling murah.

Selamat bercuti!

Sumber: Noor Amalina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×