Asuh

2 Jam Sebelum Anak Tidur, Ibu Ayah Jangan Buat 5 Aktiviti Ini. Confirm Lena!

17
SHARES
CARA TIDURKAN ANAK

Ibu ayah, cara tidurkan anak ini paling penting dan kena ambil tahu. Pastikan 2 jam sebelum tidur tak buat aktviti ini bersama mereka.

Hal ini kerana 5 senarai aktiviti di bawah boleh mengganggu tidur mereka dan menyebabkan tidak lena. Bahaya jika dibiarkan!

Baca juga: Jangan Biarkan Anak Jenis Sensitif Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Ikut 8 Tips PENTING ini

5 CARA TIDURKAN ANAK PALING MUDAH, CONFIRM LENA!

CARA TIDURKAN ANAK

1. Jangan tinggi suara pada anak 

Saya ada terbaca satu artikel mengatakan 2 jam sebelum tidur adalah fasa otak alpha. Kira fasa bersedia untuk tidur. Bila kita tinggi suara atau marah anak, emosi tu boleh terbawa bawa sampai ke dalam mimpi dia nanti.

Kesannya anak tak dapat tidur berkualiti. Ada yang boleh meragam, menangis atau terjaga dari tidur di tengah malam.

2. Jangan bagi anak tengok tv atau telefon 

Cahaya blue light daripada tv dan telefon ni boleh mengganggu mood tidur anak. Dek kerana ternampak cahaya tv dan telefon je anak boleh jadi liat nak terlelap. Pusing kiri, pusing kanan, tak tidur tidur. Cahaya blue light punya angkara la tu!

3. Terlalu penat bermain  

Kalau main waktu siang penat tak apa, malam dia senang tidur. Tapi kalau 2 jam sebelum tidur duk bergelinjang sampai berpeluh peluh, alamatnya makin segar la mata anak tu.

Ini kerana apabila mereka bermain hormon adrenalin akan terhasil. Hormon ni buat mereka jadi makin fokus dan makin segar. Kena tunggu berjam jam nak bagi reda adrenalin ni pula baru boleh tidur.

4. Makan yang berat berat 

Bukan sahaja makan lewat malam boleh ganggu kualiti tidur malah ia boleh ganggu juga kualiti kesihatan anak itu. Tinggi risiko masalah obesiti dan gastrik. 

Jika kerap sangat anak minta makan waktu malam sebelum tidur ada kebarangkalian anak dah kena NES (Night Eating Syndrome)

5. Tak ada buat rutin tidur 

Ya, tak ada rutin tidur yang baik pun boleh menganggu tidur yang berkualiti. Sebagai contoh rutin sebelum tidur ialah gosok gigi, basuh kaki, cuci muka, bed time story dan berbual.

Nampak remeh tapi rutin ni banyak membantu anak kita untuk prepare tidur. Bila ada rutin yang konsisten ni tak ada isu lagi mata tak mengantuk dan tidur lewat.

Tidur sangat penting untuk anak bawah 7 tahun sebab masa tidur terhasilnya growth hormon yang bantu anak membesar lebih sihat dan kuat. 4 hari berturut turut kurang tidur, tumbesaran anak boleh terbantut setahun tau. Serius kena elak!

Baca juga: Tips Paling Berkesan Ajar Anak Baca Buku Bahasa Inggeris, Confirm Si Kecil Suka!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×