Percutian

Jadual Perjalanan Tren MySawasdee 2024 Ke Hatyai, Boleh Beli Tiket Bermula 4 Mac Ini

28
SHARES
TREN MYSAWASDEE

Umum mengetahui, Kereta Api Tanah Melayu (KTM) ada menyediakan perkhidmatan tren MySawasdee iaitu perjalanan terus ke Hat Yai dari beberapa stesen terpilih.

Sekiranya anda ingin mencuba tren ini, pembelian tiket boleh dibuat bermula 4 Mac untuk tarikh perjalanan pada 11 April 2024. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Festival Lentera Putrajaya Bertemakan Tradisi & Cahaya Bermula 24 Februari – 3 Mac Ini

JADUAL PERJALANAN TREN MYSAWASDEE TAHUN 2024

TREN MYSAWASDEE

April (Tarikh jualan tiket 4 Mac)

Pergi – 11 April
Balik – 14 April 2024

Mei dan Jun (Jualan tiket 4 April)

Pergi – 31 Mei
Balik – 3 Jun 2024

Julai (Pembelian tiket 4 Jun)

Pergi – 5 Julai
Balik – 8 July 2024

Oktober & November (Pembelian tiket 4 Sept)

Pergi – 31 Oktober
Balik – 3 Nov 2024

November & Disember (Pembelian tiket 4 Nov)

Pergi – 6. 13 & 23 Disember
Balik – 9, 16 & 26 Disember 2024

Harga tiket sehala

Tempat duduk: RM95
katil bawah: RM119
Katil atas: RM109

Harga tiket baharu mulai April 2024.

Stesen terlibat:

  • KL Sentral
  • Tanjung Malim
  • Ipoh
  • Taiping
  • Padang Besar

Waktu perjalanan

Dari KL Sentral – 08.50am
Dari Hatyai – Bertolak 10.20am (waktu Thailand). Tiba 1052pm waktu Malaysia.

TERMA & SYARAT YANG ANDA PERLU TAHU

1. Satu kadar tambang sahaja dijual iaitu tiket dewasa.

2. Tiada tambang kanak-kanak atau konsesi ditawarkan.

3. Kadar tambang adalah bagi satu zon laluan sahaja iaitu KL Sentral – Hatyai atau Hatyai – KL Sentral.

4. Penumpang boleh memilih stesen permulaan selain dari KL Sentral seperti dinyatakan di atas.

5. Harga tiket juga tidak termasuk makanan, minuman atau pakej lawatan.

6. Penumpang diwajibkan turun di stesen Padang Besar bagi pemeriksaan pasport sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Hat Yai.

7. Penumpang menaiki tren MySawasdee dari stesen Hat Yai diwajibkan turun membawa semua bagasi dan barangan anda di stesen Padang Besar bagi pemeriksaan Jabatan Imigresen & Kastam.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan rancang jadual perjalanan anda dengan betul.

Baca juga: Nah 83 Senarai Kedai Kopi Di Sekitar Perlis, Hari-Hari Boleh Singgah Minum!

Sumber: KTMB

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×