Percutian

[TERKINI] Jadual & Harga Tiket Tren MySawasdee Ke Hat Yai Thailand 2025, Cepat Beli Sebelum ‘Sold Out’!

19
SHARES
tren MySawasdee

Berita gembira buat anda yang ingin merasai pengalaman menaiki perkhidmatan tren MySawasdee, kini tarikh baharu telah pun dikeluarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tapi sebelum anda berdepan dengan keterujaan dan keseronokan yang bakal dialami, anda disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal dan membeli tiket secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad dan cepat habis terjual.

Baca juga: Ambil Tahu Warna Pakaian Untuk Pasport & IC, Barulah Gambar Cun Tak Nampak Pelik!

TREN MySawasdee KE HATYAI

tren MySawasdee

Tambahan pula, perkhidmatan MySawasdee tidak disediakan secara tetap dan hanya beroperasi pada tarikh-tarikh tertentu semasa cuti panjang di Malaysia.

Melalui jadual 5 Januari lalu, berikut merupakan jadual perjalanan tren MySawasdee yang akan bergerak dari KL Sentral ke Hat Yai dan kembali pada tarikh berikut:

  • 30 Januari & 2 Februari
  • 11 & 14 April
  • 30 April & 3 Mei

Baca juga: Ipoh Di Tangga Ke-5 Tempat Terbaik Dilawati Di Asia Tahun 2025, Atasi Osaka Jepun!

Keseluruhan perjalanan dianggarkan melebihi 10 jam

Bermula di KL Sentral, tren MySawasdee akan berhenti di stesen Tanjung Malim, Ipoh, Taiping, dan Padang Besar sebelum tiba di Hat Yai.

Bertolak dari KL Sentral pada pukul 10.30 malam (waktu Malaysia), tren 1004 akan tiba di Padang Besar pada pukul 7.06 pagi. Dari sana, penumpang terus ke Hat Yai, tiba pada 8.50 pagi (waktu Thailand).

Perjalanan pulang, kereta api 1005, akan bertolak dari Hat Yai pada 10.20 pagi (waktu Thailand), sampai ke Padang Besar pada 12 tengah hari (waktu Malaysia), dan akhirnya tiba semula di KL Sentral pada 10.52 malam.

tren MySawasdee

Berikut adalah jadual kereta api penuh untuk hentian di sepanjang laluan MySawasdee:

keretapi ke thailand

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!

Harga tiket

Tiket sehala untuk MySawasdee ditetapkan seperti berikut:

  • Kelas 2 (tempat duduk biasa): RM95
  • Katil bawah dalam koc tidur berhawa dingin: RM119
  • Katil atas dalam koc tidur berhawa dingin: RM109

Penumpang boleh memilih untuk membeli tiket sehala atau pergi balik, bergantung kepada keperluan perjalanan anda. Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi KTMB di https://online.ktmb.com.my/ .

Baca juga: Masam Masam Manis: Percutian Bajet Pun Boleh Bahagiakan Keluarga, Ibu Kongsi ‘Plan’ Untuk Poket Marhaen!

Sumber: KTM Berhad / ecentral

FT Image: KTM Berhad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×