Percutian

Ipoh Di Tangga Ke-5 Tempat Terbaik Dilawati Di Asia Tahun 2025, Atasi Osaka Jepun!

3
SHARES
tempat terbaik untuk dilawati

Majalah global Time Out baru-baru ini mengeluarkan senarai tempat terbaik untuk dilawati di Asia tahun 2025. Di mana, salah satu ibu negeri di Malaysia telah termasuk dalam senarai tersebut iaitu Ipoh!

Menerusi laporan daripada Time Out, Ipoh menduduki tangga ke lima daripada lapan destinasi pilihan yang menjadi tarikan.

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!

TEMPAT TERBAIK UNTUK DILAWATI 2025 DI ASIA

tempat terbaik untuk dilawati

Gambar: NavinTar/Shutterstock

Ipoh menjadi pilihan destinasi kerana dikatakan mempunyai kawasan bersejarah serta memikat hati pelancong dengan bangunan warisan serta deretan kedai lama, selain keindahan gua batu kapur.

Tidak terkecuali, Ipoh juga terkenal sebagai syurga makanan dan minuman kopi seperti restoran Lou Wong Tauge Ayam Kuetiau, kai see hor fun restoran Tuck Kee, nasi ganja Kedai Kopitiam Yong Suan dan kaya puffs Sin Eng Heong.

Baca juga: Masam Masam Manis: Percutian Bajet Pun Boleh Bahagiakan Keluarga, Ibu Kongsi ‘Plan’ Untuk Poket Marhaen!

Berikut ialah 8 tempat terbaik menurut data Time Out untuk dilawati di Asia pada tahun 2025:

  1. Sumba, Indonesia
  2. Siargao, Filipina
  3. Da Nang, Vietnam
  4. Tainan, Taiwan
  5. Ipoh, Malaysia
  6. Osaka, Jepun
  7. Nan, Thailand
  8. Lijiang, China

Baca juga: Berdebarnya Nak Lalu Sekatan Imigresen! Hafal 8 Tips ‘Rare’ Ini Kalau Nak Lepas Masuki Negara Orang

Sementara itu hantaran di X, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut.

Baca juga: Lelaki Ini Kata Maldives ‘Trip’ Paling Murah Dia Pernah Pergi, Nafi Mahal & Kongsi Tips Berguna!

Sumber: Time Out / X – @NgaKorMing

FT Image: holidify

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×