Nur

Doa Waktu Sahur Yang Dianjurkan Untuk Baca, Rugi Kalau Bangun & Makan Sahaja…

13
SHARES
DOA WAKTU SAHUR

Pada bulan Ramadan, pelbagai amalan boleh dilakukan untuk mendapat pahala. Antaranya adalah dengan membaca doa waktu sahur seperti perkongsian di bawah.

Doa ini boleh diamalkan setiap hari agar dikurniakan keberkatan. Rugi jika bangun sahur hanya untuk makan tetapi tidak membaca doa yang dikongsikan ini.

Baca juga: Senarai Masjid Mesra Kanak-Kanak Waktu Bulan Ramadan, Ibu Ayah Boleh Solat Tarawih

DOA WAKTU SAHUR YANG ANDA BOLEH AMALKAN

DOA WAKTU SAHUR

Allah SWT berfirman:

“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan.” – Surah Adz Dzariyat: 18

Jelas di atas menunjukkan bahawa ketika sahur adalah waktu paling mujarab untuk berdoa. Jadi, antara doa waktu sahur yang boleh dibaca adalah:

سَمِعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللهِ وَحُسْنِ بَلَائِهِ عَلَيْنَا، رَبَّنَا صَاحِبْنَا وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا، عَائِذًا بِاللهِ مِنَ النَّارِ

Samma’a sami’un bihamdillah wa husni balaihi ‘alaina rabbana shohibna wa afdhil ‘alaina ‘aizan billahi minan nari.

Maksudnya: “Semoga ada orang mendengar yang menyampaikan pujian kepada Allah, dan ujian-Nya yang baik kepada kami. Ya Tuhan kami, peliharalah kami dan berilah kami anugerah berlindung kepada Allah daripada api neraka.” (HR Muslim, Abu Dawud, an-Nasa’i dalam Al-Yaum wa Al-Lailah, dan Hakim dalam Al-Musadrak)

Selain itu, anda juga boleh membaca doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW seperti di bawah:

اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Pencipta langit dan bumi, wahai yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Rabb segala sesuatu dan penguasanya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku berlindung kepada Kamu dari kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan gangguan.”

Antara kelebihan bersahur adalah:

1. Dapat membantu menguatkan diri semasa berpuasa di siang hari.

2. Bersahur adalah sunnah Nabi SAW. Antara makanan yang Nabi ambil ketika bersahur adalah kurma. Mengikut kajian, kurma dapat memberikan tenaga yang kuat kepada kita. Cukuplah dengan meminum seteguk air dan kurma akan dapat pahala bersahur.

3. Waktu sahur memberi peluang untuk berzikir, beristighfar dan berdoa kerana ia adalah waktu yang mustajab.

4. Hukum bersahur adalah sunat muakkad dan disunatkan untuk melewatkan sahur. Namun haram hukumnya jika meninggalkan puasa Ramadan dengan alasan tidak bersahur.

Jadi, perbuatan meninggalkan sahur tanpa uzur yang syar’ie disebabkan malas untuk bangun pada awal pagi wajarlah dijauhi kerana perbuatan tersebut merugikan diri orang yang berpuasa.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: JAKIM Kongsi Kelebihan Baca Zikir Tahlil 100 Kali Sehari, Manfaatnya Luar Biasa!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Detik Hikmah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×