Sihat

“Ada Kencing Manis Boleh Puasa Ke?”- Doktor Kongsi 5 Perkara Penting Kena Ambil Tahu

1
SHARES
puasa pesakit diabetes

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan rata-rata tidak sabar untuk menjalani ibadat puasa bersama orang tersayang. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan jangan sampai memudaratkan diri terutamanya pesakit kencing manis kerana ada panduan puasa pesakit diabetes untuk anda.

Justeru, kami kongsikan panduan puasa pesakit diabetes agar diri kekal bertenaga sepanjang melaksanakan Rukun Islam ketiga itu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Baca juga: Umur Baru 20 Tapi ‘Skru’ Lutut Dah Longgar? Guna Petua Mujarab Ini Kuatkan Lutut

DOKTOR KONGSI PANDUAN PUASA PESAKIT DIABETES KENA TAHU

puasa pesakit diabetes

1. RISK ASSESSMENT

Guna IDF DAR kalcklator untuk lihat risiko penyakit. Kalau risiko rendah, dinasihatkan untuk berpuasa. Moderat risk, kena cuba untuk kurangkan risiko. Kalau risiko tinggi, puasa bukan satu-satunya ibadah yang ada, dan jika memudaratkan diri, itu berdosa namanya.

2. MEDICATION ADJUSTMET

Ubat pesakit kena disusun semula sepanjang bulan puasa mengikut pemakanan sahur, buka puasa (iftar) dan moreh (night snacking). Ini sedikit panduan ubat yang common tetapi yang details kena buka panduan.

Gliclazide MR: Untuk turunkan dos jika ada risiko hypoglycemia. Ambil waktu berbuka. Seeloknya berbuka puasa air kosong dan kuih/kurma, kemudian ambil ubat ni dan solat dulu. 20-30minit kemudian baru makan makanan utama.

Sulfonylurea lain: Untuk turunkan dos jika ada risiko hypoglycemia. Jika dua kali sehari, ambil waktu iftar dan sahur.

SGLT2 inhibitor: Ambil waktu berbuka. Dinasihatkan minum air banyak waktu malam kerana ubat ini akan buang gula melalui air kencing.

Insulin: Untuk ubah kepada analog jika pesakit mampu beli. Lebih rendah risiko hypoglycemia.

Basal bolus: Basal insulin beri macam biasa. Dos bolus diberi dua kali, sahur dan iftar. Kurangkan dos sahur kepada 50%. Naikkan dos iftar jika pesakit makan lebih daripada biasa. Jangan ambil dos makan tengahari.

Premix BD: Dos pagi diberi pada waktu iftar.Dos malam diberi waktu sahur, kurangkan dos ke 50%.

Basal + OHA: Ambil basal macam biasa.

Basal plus: Basal macam biasa, dos short acting boleh consider beri waktu iftar dan moreh ikut makanan diambil.

Ini secara umum sahaja. Kalau risiko tinggi, seeloknya tidak berpuasa.

puasa pesakit diabetes

3. DIET YANG BETUL

Boleh cari Ramadan Nutrion Plan. Ada 10 benda. Saya bagi sikit sini.

– Lewatkan sahur, awalkan berbuka.

– Berbuka ikut sunnah, ambil air dan kurma kemudian solat, lepas solat baru makan hidangan utama.

– Ambil 3 hidangan utama sehari: sahur, iftar dan moreh.

Ambil karbohidrat kompleks dan makanan rendah GI (kurang 70)

– Lebihkan kalori dari protein dan lemak untuk kenyang lebih lama.

– Pastikan setiap hidangan ada fiber (sayur dan buah).

– Minum air banyak khususnya waktu malam. Sekurang-kurangnya 30-40ml per kg berat badan.

– Elakkan kuih dan air manis berlebihan, nanti gula jadi tak stabil.

4. HYPO & HYPERGLYCAEMIA

Pesakit kena tahu mengenali simptom hypo atau hyperglycemia. Hypo adalah kurang gula. Hyper lebih gula. Dua-dua boleh membunuh dengan cepat.

Gejala hypo: letih, pening, rasa nak pitam, berdebar, berpeluh, mengigau waktu malam.

Gejala hyper: kencing banyak, haus, rasa letih, muntah dan sakit perut.

Pemantauan gula wajib buat dan pantau pada minggu pertama berpuasa kerana kajian menunjukkan waktu minggu pertama ini banyak masalah. Target gula 4.4 – 8.5. Waktu tengahari pastikan tak hypo (<4).

puasa pesakit diabetes

5. AKTIF PADA WAKTU MALAM

Cara paling mudah, buat solat terawih. Tak kisah 8 atau 20 rakaat. Jangan sampai puasa buat kita lembik sampai tak terawih waktu malam.

Terawih itu adalah senaman fizikal yang akan membantu mengawal gula kita dan untuk pesakit kencing manis yang kaki jogging atau sukan lain, kalau nak bersukan juga, buat waktu malam atau waktu hampir buka puasa.

Pastikan kekal hidrat. Minum air secukupnya. Moga tips-tips ini bermanfaat dan pesakit kencing manis diingatkan agar bincang dengan doktor yang merawat ya.

Sumber: Facebook Dr Amirul Amzar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×