Sihat

Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 30kg, Ini Rahsia Anda Boleh Ikut

27
SHARES

Mesti ramai yang berhasrat mahu turunkan berat badan demi mendapatkan gayakan hidup sihat. Walau bagaimanapun, pelbagai rintangan serta halangan yang membuatkan semangat mahu diet tidak berterusan dan ‘terbabas.’

Antara sebab berat badan tak berkurang ialah kawan-kawan ajak amakn sedap, teringin air manis dan akhirnya diet pun failed dan tak menjadi.

Baca juga: Resepi Salad Buat Sendiri Di Rumah, Sedap & Puas Hati!

BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 30KG, INI RAHSIA ANDA BOLEH IKUT

Bagi anda yang sedang mencari inspirasi, ikuti perkongsian oleh saudari Yusni Ibrahim yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 30kg. Wahh, banyak tu kan? Jom kita baca kisah beliau sepenuhnya di bawah ini.

Tinggi – 156cm

Berat – 77.7kg

16/1/21 – 28/8/21 – 7.5 bulan – 50.2kg loss 27.5kg

20/9/21 – 14/1/22 – 4 bulan – 55.1kg naik 4.9kg

15/1/22 – 15/3/22 – 2 bulan – 48.4kg loss 6.7kg

Nak turun bukan senang tapi nak maintain lagi susah. Nak naik kejap je boleh hanyut. Beruntunglah orang yang makan banyak tapi tak naik berat badan tapi saya bukan begitu. Saya pernah turun tetapi tidak mudah untuk maintain selepas menjalani pembedahan.

Kenaikkan berat badan mendadak 5kg dalam masa 4 bulan kerana pergerakan agak terhad dan saya terpaksa fokus proses pemulihan. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk diet.

Ada yang mengamalkan diet IF, Atkin, DSSS, diet tanpa nasi malah ada yang mengambil produk kesihatan untuk menurunkan berat badan. Tidak kira apa pun jenis diet yang kita buat, yang penting haruslah diet yang sihat, sesuai dengan badan kita dan mengembirakan.

Jangan putus asa mencari pelan diet atau formula sendiri untuk diet kerana saya juga ambil masa bertahun untuk mencari apa yang sesuai kerana setiap kita mempunyai cara hidup dan fizikal yang berbeza. Semua mengikut keadaan dan tingkat kesihatan masing-masing.

Diet memerlukan hati yang tekad dan displin yang kuat. Sebab itu disarankan mencari pelan diet yang mengembirakan kerana ‘Happy Create Consistency’. Kita akan lebih konsisten menjaga kesihatan sekiranya kita gembira dengan pelan diet yang menyeronokkan.

Jadual makan saya :

Pagi (7-9am) – oat atau sandwich telur dan susu low fat.

Snek (10-11am) – buah / kekacang / timun / tomato

Lunch (12-2pm) – nasi, lauk dan sayur (DSSS)

Snek (3-4pm) – buah / kekacang / timun / tomato

Dinner (6-8pm) – nasi, lauk dan sayur (DSSS)

RANCANG PELAN PEMAKANAN YANG KITA SUKA

Rancang pelan pemakanan yang sihat dan kita suka. Saya beruntung kerana saya mengemari sayur-sayuran. Bagi yang kurang berminat sayuran boleh digantikan dengan buah-buahan. Rancang aktiviti yang kita suka.

Jika suka berjalan, berjalanlah atau berlari, berbasikal atau apa-apa saja yang boleh membuat kita kekal aktif. Sekiranya tiada masa untuk bersenam maka terpaksa lah mengawal pengambilan makanan.

Tips cara saya yang boleh dikongsikan tapi tak semestinya sesuai untuk yang lain.

1. Kalori defisit.

2. DSSS diet (menu banyak saya ambil dalam group ni)

3. 5 kali makan (sarapan,snek,lunch,snek,dinner)

4. Kurangkan gula dan garam (bukan tinggalkan)

5. Bersenam (aktiviti yang kita suka)

6. Jogging (saya kongsikan teknik lari kurang penat di gambar)

7. Treat day atau happy day sekali seminggu

8. Kelilingi dengan kekawan yang positif dan sama matlamat nak diet, support group dan group fb yang beri insiprasi.

9. Berguru atau cari coach sekiranya ada modal. Lebih-lebih lagi untuk tone body supaya kurus dan nampak sihat.

10. Sekiranya ingin bercuti atau balik kampung. Makan je. Tak salah untuk kita take a break. Rugi, nikmatilah percutian dengan sebaiknya tapi harus tau bila nak naik hand break. Makan sehari dua tak kan terus gemuk kan.

Akhir sekali, teruskan perjuangan dan jangan putus asa. Jangan kisah apa org lain kata walaupun ada je yang kata saya nampak tua macam nenek sebab dah turun tapi saya tak kisah sebab saya tau saya makin sihat. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Apa yang saya pegang, saya tak kisah sekiranya orang lain lebih baik dari saya. Saya cuma sedaya upaya pastikan saya lebih baik dari sebelumnya. Me vs me. Cuba kekal sihat, aktif dan gembira. Ikut kemampuan dan sentiasa listen to your body. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Sumber: Facebook Yusni Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×