Dapur

Resepi Salad Buat Sendiri Di Rumah, Sedap & Puas Hati!

58
SHARES

“Sedapnya salad ni. Kena belajar buat sendiri…”

Antara makanan diet kegemaran ramai pastilah salad. Enak dimakan pada bila-bila masa sahaja dan sangat mengenyangkan. Ianya amat berkhasiat dan boleh dimakan bersama roti, telur rebus atau ayam grill.

Jadi, untuk anda yang sedang diet dan mahukan resepi salad paling sedap, apa kata cuba resepi Cahaya Aynee yang dikongsi di laman Facebook. Buat sendiri di rumah sangat puas hati dan sudah tentunya sedap!

Baca juga: 5 Resepi Diet Berasaskan Roti, Kalori Masih Terkawal

RESEPI SALAD BUAT SENDIRI DI RUMAH, SEDAP & PUAS HATI

Salad utk diet suku-suku separuh saya. Mixed salad ala-ala #CaesarSalad tapi guna bahan yang ada dekat rumah. Saya hari-hari makan nasi suku-suku separuh tapi hari ni nak tukar selera makan salad. Selamat mencuba.

Bahan-bahan: 

  • Roti wholemeal (potong ala-ala croutons)
  • Romaine salad
  • Telur
  • Dressing (saya guna kewpie thousand island)

Cara penyediaan:

1. Kalau nak bakar roti dalam oven lagi sedap tapi saya goreng atas pan sahaja.

2. Rebuskan telur dalam 8 minit sambil tu bersihkan salad dan potong.

3. Hidangkan dalam pinggan.

Banyak pilihan dressing. Sepatutnya caesar salad kena guna kewpie caesar yang color biru tu tapi saya pakai mana yang ada dekat rumah sahaja.

Sedap. Lengkap semua ada sayur, protein dan karbohidrat.

Malam ni boleh cuba buat!

Sumber: Facebook Cahaya Aynee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×