Dapur

5 Resepi Diet Berasaskan Roti, Kalori Masih Terkawal

29
SHARES

“Susah la makanan diet ni. Semua tak sesuai dengan tekak…”

Itulah ungkapan sering kita luahkan apabila sedang diet. Hal ini kerana kita sudah ‘dimomokkan’ dengan kesemua makanan diet tidak enak dan hanya perlu mengambil sayur-sayuran sebagai makanan harian.

Salah sebenarnya. Semua makanan boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang bersesuai dan kalori harian setiap individu. Jadi, tak salah pun nak makan makanan sedap seperti yang dilakukan oleh Nurul Izzah Zalani Jom kita tengok 5 resepi berasaskan roti untuk anda cuba.

Baca juga: Resepi 4 Jenis Air Manis Untuk Diet, Semua Bawah 200 Kalori!

5 RESEPI DIET BERASASKAN ROTI, KALORI MASIH TERKAWAL

Ini saya share idea menggunakan roti. Senang nak buat dan kenyang.

1. ROTI JOHN TUNA

  • Roti putih – 2 keping
  • Telur: 2 biji
  • Tuna chunks in water: 40g
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Coral lettuce
  • Timun
  • Kubis
  • 1/2 kewpie mayonnaise – sedikit
  • Cili sos – sedikit

Cara penyediaan: 

1. Bancuh telur + bawang merah + bawang putih + tuna + serbuk cili + serbuk kari + garam. Masak atas kuali & tekapkan pada roti (macam buat roti john.)

2. Tambahkan salad + timun disagat + kubis disagat.

3. Tambahkan sedikit mayonnaise + cili sos (saya tak letak banyak)

2. SANDWICH TELUR & SAYUR

  • Roti Wholemeal: 2 keping (saya suka bakar dulu sbb nak garing)
  • Telur rebus (L): 2 biji (dihancurkan macam dalam gambar)
  • Kewpie 1/2 mayonnaise: 1 tsp
  • Veggies: semuanya saya letak sikit2 (potong dadu/ kecil-kecil)
  • Bawang merah
  • Lada merah
  • Timun
  • Carrot
  • Fresh parsley
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

*gaul sekali dengan sedikit greek yogurt pun sedap.

3. ROTI BAKAR PISANG & STRAWBERRY JAM

4. TIRAMISU FRENCH TOAST

  • Roti wholemeal- 2 keping
  • Telur – 1 biji
  • Fresh milk – 2 Tbsp
  • Bancuhan serbuk kopi – sedikit
  • Zero calorie sweetener
  • Natural yogurt
  • Strawberry – 2 biji
  • Cocoa powder

Cara penyediaan: 

1. Telur + susu + bancuhan coffee + zero calories sweetener .Buat roti telur atas non-stick pan.

2. Roti + potongan strawberry + Roti + yogurt + cocoa powder.

P/s: Dekat tengah antara dua roti tu saya letak potongan strawberry dan bahagian tengah roti ditekan2 sebelum letak yogurt.

5. ROTI PITA INTI AYAM

  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Dada ayam kisar – 120g
  • Serbuk Kari
  • Serbuk paprika
  • Serbuk lada hitam
  • Timun
  • Tomato
  • Yogurt asli – 1 sudu makan
  • XX hot peri-peri sauce – 1 tsp
  • Minyak
  • Garam/ mushroom seasoning

Cara penyediaan: 

1. Tumis bawang merah n putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.

2. Masukkan dada ayam kisar.. masukkan serbuk kari, paprika, lada hitam.

3. Masukkan timun & tomato yang dipotong kecil.

4. Masukkan yogurt + peri peri sauce. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati & tutup api. [ i buat tak terlalu kering, basah2 sikit intinya]

5. Bakar pita sekejap atas pan n sumbat dengan inti ayam tadi.

6. Half kewpie mayonnaise + Homemade chilli sauce + chilli flakes.

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×