Dapur

Resepi 4 Jenis Air Manis Untuk Diet, Semua Bawah 200 Kalori!

3.8K
SHARES
AIR MANIS RENDAH KALORI

Kalau tengah diet mesti kita kadang-kadang teringin minum air manis kan? Kalau nak minum mestilah perlu menjaga kalori dan menghadkan kandungan gula dalam air tersebut. Jika sebelum ini anda memilih susu rendah lemak sebagai minuman harian, apa kata cuba resipi 4 jenis air manis rendah kalori ini.

Baca juga: Resepi Diet Snek Oat Pisang, Makan Ini Je Boleh Turun Berkilo-Kilo!

4 JENIS AIR MANIS RENDAH KALORI ANDA KENA CUBA, SESUAI UNTUK DIET

Setiap hidangan air hanya di bawah 200 kalori sahaja. Saya share resipi air berasaskan susu fresh milk atau low fat. Minum waktu musim panas pun sedap atau boleh simpan untuk buka puasa nanti. 

1. CHOCOLATE MILK

AIR MANIS RENDAH KALORI

Bahan-bahan:

  • Serbuk koko 1 5g
  • Air panas 50ml
  • Susu fresh milk 150ml
  • Pemanis 0 Kalori

Cara penyediaan:

1. Bancuh serbuk koko + air panas + Pemanis 0 kalori.

2. Gabungkan dengan susu fresh milk. Kacau sehingga sebati & masukkan dalam peti ais.

*Kalau tiada pemanis 0 kalori boleh guna pemanis lain. Jaga kuantiti pemanis sahaja. Kalori bertambah sedikit sekiranya mengguna gula, madu dan maple syrup.

2. MANGO MILKSHAKES

AIR MANIS RENDAH KALORI

Bahan-bahan:

  • Susu low fat 110ml
  • Mangga 100g
  • Mangga dadu 15g

Cara penyediaan:

1. Kisar mangga dengan sedikit susu. Jadikan seperti puree.

2. Potong sedikit mangga seperti dadu kecil-kecil dan gabungkan susu, mangga dikisar dan mangga dadu. Masuk dalam peti ais. Bila nak minum baru goncang botol.

*Tiada tambahan pemanis sebab buah mangga dah manis.

3. STRAWBERRY YOGURT

AIR MANIS RENDAH KALORI

Bahan-bahan:

  • Strawberry 4 Biji (72g)
  • Susu low fat 100ml
  • Yogurt asli 50g
  • Strawberry dadu 1 biji (18g)
  • Pemanis 0 kalori

Cara penyediaan:

1. Kisar strawberry + susu low fat + yogurt asli + pemanis 0 kalori.

2. Potong dadu sebiji strawberry + gabungkan dengan air strawberry yang telah dikisar. Masuk dalam peti ais untuk sejukkan.

*Kalau tiada pemanis 0 kalori boleh guna pemanis lain. Jaga kuantiti pemanis sahaja. Kalori bertambah sedikit sekiranya mengguna gula, madu dan maple syrup.

4. LATTE

AIR MANIS RENDAH KALORI

Bahan-bahan:

  • Serbuk kopi 1 tsp
  • Air panas 50ml
  • Susu fresh milk 150ml

Cara penyediaan:

1. Bancuh kopi + air panas.

2. Gabungkan dengan susu fresh milk

*Tiada tambahan pemanis. Tapi kalau nak manis boleh letak.

Selamat mencuba! Nampak sedap betul semuanya. Adui.

Baca juga: Menu Diet Guna Wrap Pengganti Nasi, Memang Kenyang Seharian!

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×