Siapa kata bila diet kena berlapar dan tak boleh makan sedap? Salah sebenarnya sekiranya anda berpendapat sedemikian kerana diet tidak perlu berlapar dan boleh makan sedap seperti yang dilakukan oleh Nurul Izzah Zalani.
Menu diet berasaskan wrap dijadikan sumber karbohidrat utama menggantikan nasi untuk kekal kenyang sepanjang hari. Memang sedap dan rugi kalau tak cuba!
Baca juga: Nampak Eksklusif! Ini Senarai Menu Diet Berasaskan Oat, Memang Tak Boring & Sedap
MENU DIET GUNA WRAP PENGGANTI NASI, MEMANG KENYANG SEHARIAN
Ini antara menu diet yang menggunakan wrap sebagai sumber karbo utama dalam pinggan. Selamat mencuba
1. Egg tuna wrap – 392 kcal [ 33g protein ]
BAHAN-BAHAN:
– Telur rebus
– Tuna dalam air
– Bawang merah
– Cili padi
– Mayonnaise
– Garam
– Wrap brand mission [reduced carb wraps (9g protein) ]
– Salad / coral lettuce
1. Telur rebus hancurkan bersama tuna. Masukkan bahan2 yang lain gaulkan kesemuanya dan gulungkan menjadi wrap.
2. Chicken wrap: 371 kcal
BAHAN-BAHAN:
– Dada ayam
– Chilli flakes
– Serbuk kari
– Garam
– Creamy greek yogurt
– Korean hot pepper paste (gochujang)
– Pemanis 0 kalori
– Wrap brand mission [ reduced carb wraps ]
1. Dada ayam + chilli flakes + serbuk kari + garam = gaulkan kesemuanya & masak atas kuali non-stick.
2. Creamy greek yogurt + gochujang + pemanis 0 kalori = jadikan sos.
3. Letak semua bahan dalam wrap dan gulungkan menjadi wrap.
3. Creamy Chicken Wrap: 369 kcal [ 41g protein ]
BAHAN-BAHAN:
– Dada ayam mentah: 150g
– Serbuk kari
– Serbuk lada hitam
– Serbuk Cili
– Garam
– Yogurt asli: 60g
– Daun bawang
– Timun
– Serbuk Kari
– Garam
– 6Grains Mission wrap
– Coral Lettuce
1. Dada ayam potong dadu + serbuk kari + serbuk lada hitam + serbuk cili + garam = gaulkan kesemuanya & masak atas kuali non-stick.
2. Yogurt asli + daun bawang + timun + serbuk kari + garam = jadikan sos.
3. Letakkan tambahan sayur dan kesemua bahan diatas wrap dan gulungkan menjadi wrap.
4. Egg wrap : 328 kcal [ 21 g protein]
BAHAN-BAHAN:
– Telur
– Daun bawang
– 6grains mission wrap
– Timun
– Bega super slim cheese
– Chilli flakes
– Garam
1. Telur + daun bawang = masak atas kuali non -stick.
2. Letakkan wrap keatas telur yang tengah masak diatas kuali.
3. Letak timun + cheese + chilli flakes + garam = lipatkan seperti gambar di atas.
Memang sedap dan kenyang sepanjang hari.
Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani