Sihat

Nampak Eksklusif! Ini Senarai Menu Diet Berasaskan Oat, Memang Tak Boring & Sedap

4
SHARES

“Nak makan apa ya harini?”

Bila sebut makanan diet pasti semua fikir ianya tak sedap dan tidak menepati citarasa. Sebenarnya, ada je makanan diet sedap tetapi perlu rajin dan memerlukan sedikit masa untuk menyediakannya.

Seperti yang dilakukan oleh Nurul Ain di laman Facebook, pelbagai resepi diet berasaskan oat disediakan dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 32kg tanpa sebarang ubat kurus. Wah, power kan!

Baca juga: Idea Menu Bekal Diet Untuk Ke Pejabat, Boleh Turun Sampai 25KG!

INI SENARAI MENU DIET BERASASKAN OAT, MEMANG TAK BORING & SEDAP!

Saya share kan antara idea menu beserta resepi yang boleh dibuat daripada rolled oats. Asyik overnight oats je kan apa kata try buat cookies, waffle, smoothie, cupcake or oat bowl Pelbagaikan menu sihat supaya tak bosan & diet happy-happy. 32kg loss tanpa sebarang produk dan flexible diet (eat all foods but moderately) 

1. BANANA CHOC OAT CUPCAKES

Mix wet ingredients: 

1. Mashed banana (250g)

2. Fresh milk (50ml)

3. Egg (1 egg)

4. Lakanto (20g) (Optional, boleh tukar guna any sweetener honey, organic sugar, maple syrup etc)

Mix dry ingredients: 

1. Oat flour (50g)

2. Unsweetened coco powder (15g)

3. Baking powder (3g)

Cara-cara: 

1. Masukkan dan kacau sebati dry ingredients ke dalam wet ingredients.

2. Masukkan sikit extra dark choc. Kacau sebati.

3. Scoop batter ke dalam cupcake cups (medium size) hingga 1/2 cup.

4. Masukkan sedikit peanut butter as filling then scoop lagi batter sampai hampir penuh.

5. Top with peanut butter & extra dark choc chunks (Ain guna Beryl’s) and Ain tambah cashew. Ikut selera nak letak apa (almond, kismis)

Then bake guna oven (180C, 25 minit). Depends oven masing-masing. Siap! Untuk oat flour, Ain just kisar rolled oats sampai dapat flour texture. Tak halus sangat pun tak apa.

2. FLOURLESS OAT DATES WAFFLE

Bahan-bahan: 

1. Oat – 3/4 cup

2. Baking powder – 1 tsp

3. Fresh milk – 90ml

4. Melted unsalted butter – 2 tbsp

5. Egg – 1

6. Dates – 3 pcs

7. Vanilla extract – 1 tsp

8. Topping : Peanut butter, granola & strawberry (optional). Atau apa apa topping kesukaan korang.

Cara-cara: 

1. Campur semua bahan. Ain blend je senang. Sebab nak bagi oats tu betul-betul hancur.

2. Then panaskan waffle maker. Masukkan 1/4 cup waffle batter tadi. Ain guna waffle maker. Masak dalam 2 minit setengah. Depends pada saiz waffle & waffle maker korang. Depends juga texture yang korang suka. Nak extra crispy tambah masa lagi.

3. Then letak topping kesukaan korang. Nak letak pape pun letak la janji korang suka.

4. Siap & enjoy!

3. BLUEBERRY BANANA BAKED OATS

Bahan-bahan: 

1. Pisang 1 biji

2. Telur 1 biji

3. Lakanto or any sweetener 4 tbsp

4. Oat flour 1 cup

5. Baking powder 1/2 tsp

6. Fresh milk 1/4 cup

7. Granola or any favourite nuts 1/2 cup

8. Blueberry 1/4 cup

Topping : Granola & blueberry

Masukkan dalam ramekin then bake 160C 15 minutes menggunakan air fryer. Guna oven pun boleh. Selamat mencuba!

4. BANANA OAT SMOOTHIE

Bahan-bahan:

1. Milk (250ml)

2. Rolled oats (1/3 cup)

3. Chia seeds (2 tbsp)

4. Walnuts (2 tbsp)

5. Banana (4 small)

6. Topping : Granola or any favourite topping (optional)

Kisar semuanya. Ain tambah ais masa nak minum. Sesuai untuk breakfast or snacking. Untuk sahur pun sangat sesuai sebab makan oats kenyang lebih lama.

5. BANANA PEANUT BUTTER OAT

1. Rolled oats – 60g

2. Pisang – 2 biji (saiz sederhana)

3. Unsweetened peanut butter (PB) – 2 sudu besar.

4. Susu segar – 2 sudu besar.

Gaul sebati semua bahan dan bentukkan menjadi bulat. Bakar sekejap menggunakan air fryer (160C,10 min). Boleh tambah madu jika suka manis atau choc chips/kekacang kesukaan.

6. CASHEW OAT COOKIES

Bahan-bahan: 

1. Oat flour – 5tbsp

2. Unsweetened cocoa powder – 1 tbsp (5g)

3. Baking powder – 1/2 tsp (0.5g)

4. Fresh milk -4 tbsp

5. Banana – 1 small (50g)

6. Dark choc coin – 2 tbsp

7. Topping : Cashew

Cara-cara:

1. Campur semua bahan 1-6.

2. Scoop dough seperti cookies.

3. Letakkan topping, Ain letak cashew. Boleh tukar favourite topping yang lain k.

4. Bakar menggunakan air fryer (160C 8 min).

Sedap-sedapkan semuanya? Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nurul Ain Arbaai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×