Dapur

Resepi Diet Snek Oat Pisang, Makan Ini Je Boleh Turun Berkilo-Kilo!

12
SHARES

Oat dan pisang merupakan makanan utama dalam mengamalkan pemakanan sihat. Biasanya, bagi mereka yang sedang diet nasi akan digantikan dengan oat dan dimakan bersama lauk-lauk pilahan seperti sup sayur atau sup ikan.

Selain itu, oat juga dijadikan makanan breakfast dipadankan dengan susu serta buah. Bagi anda yang ketandusan idea, apa kata cuba resepi jemput-jempu oat pisang. Gabungan pisang dan oat memang sedap dan yang paling penting mestilah kenyang. Jom tengok!

Baca juga: Cara Buat Yong Tau Foo Sama Macam Pasar Malam Tapi Versi Diet

RESEPI DIET SNEK OAT PISANG, MAKAN INI JE BOLEH TURUN BERKILO

Selain makan oat Hajar sebagai sarapan pagi. Saya juga variasikan rolled oat menjadi jemput-jemput rolled oat. Macam mana saya & husband boleh turun banyak berkilo-kilo dalam sebulan selain daripada yang sepatutnya cut, saya tak pernah culas dalam menjaga pemakanan sihat selama 6 bulan.

Sarapan pagi saya biasa kompleks supaya kenyang lama. Jadi waktu-waktu lain tak ada la saya makan banyak sangat cukup keperluan sahaja. Mungkin anda tiada idea nak variasikan rolled oat, jadi bolehla try resipi ni. Next nanti saya kongsi yang lain.

1. Pisang (biasa saya guna chavendish, tapi sebab tak ada dekat Kuching saya guna je pisang emas) Sukatan pisang ni kalau banyak nanti lembik susah nak kepal-kepal bulat tapi sebab saya nak buat stok jadi guna 4 biji, kemudian lenyek-lenyek.

2. Callebaut dark chocolate 70% koko ke atas dipotong-potong kecil anggaran 10 biji.

3. Serbuk koko 100% Van Houten 1tbsp, chiaseed 1tsp.

5. Badam bakar anggaran 20biji potong-potong pecah-pecahkan.

6. Kismis sultanah 1tbsp potong-potong kecikkan.

7. Letak 2tbsp sunflower seed yang dah bakar.

8. Rolled oat dah siap bakar, letak sehingga boleh dijadikan jemput-jemput, bulat-bulat kepal-kepal.

9. Gaul semua bahan 1-8. Buatla jemput-jemput. Siap untuk dimakan.

10. Boleh simpan peti sejuk untuk jadikan makanan cemilan.

Sumber: Facebook Siti Hajar Hussein

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×