Dapur

Cara Buat Yong Tau Foo Sama Macam Pasar Malam Tapi Versi Diet

52
SHARES

Kalau sebut pasar malam, pasti yong tau foo antara juadah utama yang kita akan beli. Dicicah bersama sos pekat atau sup membuatkan yong tau foo lebih digemari ramai dan popular.

Bagi anda yang sedang diet, pengambilan yong tau foo kena kurangkan kerana ia merupakan makanan berproses. Jadi, apa kata cuba resepi yong tau foo versi diet atau rendah kalori sesuai untuk yang mengamalkan gaya hidup sihat. Jom tengok!

Baca juga: Resepi Karipap Gergasi Versi Diet. Inti Penuh & Rendah Kalori!

CARA BUAT YONG TAU FOO SAMA MACAM PASAR MALAM

Rasanya resepi yong tau foo yang biasa memang banyak dikongsikan. Saya nak share resepi yong tau foo sayur untuk yang amalkan pemakanan rendah karbo/keto. Alhamdulillah musim hujan ni ada yong tau foo dan sup, memang melegakan.

Bahan-bahan:

– 1 biji peria (potong kepingan, buang isi tengah)

– 1 biji terung (potong kepingan ½ inci, belah tengah supaya boleh diletakkan inti (dikapit) di tengah-tengah)

– 5 biji cili merah (belah tengah)

– 5 biji cili hijau (belah tengah)

– 6 biji kacang bendi (belah tengah)

– Tauhu kering (belah tengah)

– Kangkung (optional, untuk dicelur)

Bahan inti:

– 400-500g isi ikan/ayam (saya guna isi ikan kembung)

– Garam pink himalaya secukup rasa

– 1 sudu kecil serbuk lada putih

– 1 sudu kecil serbuk lada hitam

– ½ sudu kecil xanthan gum (optional, sebagai pelekat, tak letak pun okay je)

– 1 tangkai daun sup/bawang -hiris halus

– 2 sudu besar cili merah dicincang

Cara-cara penyediaan:

1. Blend kan isi kan dalam food processor/blender. Kemudian gaulkan semua bahan sehingga sebati.

2. Masukkan inti dalam sayuran yang dipotong dan tauhu kering.

3. Goreng sebentar dalam minyak panas. Nak kukus atau rebus pun boleh juga.

Bahan sos:

– 2 cawan cili blend/giling

– Sedikit air

– Sedikit tamari sauce/liquid aminos (pengganti kicap)

– 1 sudu kecil garam pink

– 1 sudu besar sweetener/lakanto/air monk fruit

– 1 sudu besar acv/cuka

– Sedikit minyak kelapa

– Sedikit mushroom seasoning (optional)

*Sosnya kurang gelaplah sebab kita tak guna kicap biasa/sos tiram. Boleh kukus atau goreng, rebus dalam sup pun boleh.

Cara-cara penyediaan:

– Tumiskan semua bahan sehingga sedikit garing. Masukkan air. Perasakan garam/gula. Dah siap, tabur bijan.

Makan dengan sup fuchuk/tauhu/sup sayur. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Noorul Izzah Marzuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×