Dapur

Resepi Karipap Gergasi Versi Diet. Inti Penuh & Rendah Kalori!

16
SHARES

Ramai yang berpendapat makanan diet ni susah nak buat dan tak sedap. Asyik makan sayur rebus kosong sahaja. Lama-lama mesti bosan juga kan? Sebenarnya, kalau anda kreatif banyak menu yang boleh dicuba dan semuanya sedap-sedap belaka.

Antara contohnya ialah karipap gergasi. Aik? Diet boleh makan karipap ke? Mestilah boleh! Inti padat dengan sayur dan sumber protein yang mencukupi. Nak buat senang sahaja. Jom cuba resepi perkongsian Nurul Izzah Zalani di media sosial.

Baca juga: 4 Menu Diet Sedap Tanpa Perlu Berlapar, ‘Confirm’ Diet Tak Kelaut

RESEPI KARIPAP GERGASI VERSI DIET. INTI PENUH & RENDAH KALORI

Menu breakfast atau minum petang yang boleh buat. Sedap & kenyang. Inti padat dengan sayur dan protein.

1. KARIPAP CARBONARA XXL

I’m back with karipap XXL. Ni makan separuh dah kenyang. Sebab inti padat sangat i letak so bukan karipap oxygen. Sebelum ni i post inti telur rebus kari untuk breakfast. Kali ni buat inti carbonara pula.

Serving: 2

Energy per serving: 161 kcal

  • unsalted butter (1sdm): 5g
  • fresh milk : 90ml
  • bawang holland (1/2biji atau kurangkan lagi) : 40g
  • bawang putih (1 ulas): 5g
  • tepung jagung (1tsp): 3g
  • cendawan butang (2 biji): 20g
  • lada hitam: sedikit
  • dried oregano: sedikit
  • isi ayam kisar: 100g
  • lobak merah (1/2 kecil): 25g
  • low fat mozzarella: 20g
  • Gardenia wholemeal wrap

Cara penyediaan:

1. Semua bahan dipotong dadu dan tumis sehingga naik bau (letak unsalted butter & i guna non stick pan)

2. Masukkan susu & kacau sehingga pekat sedikit. Masukkan tepung jagung. Kalau terlalu pekat, masukkan air sedikit.

3. Masukkan serbuk lada hitam & dried oregano. Kacaukan kesemuanya.

4. Bila dah pekat, baru letak garam & mozzarella . Boleh gantikan dengan cheese slice sekeping.

5. Tutup api dan biarkan sekejap.

6. Letak inti carbonara diatas wrap dan lipat seperti karipap. Untuk kelim dia bahagian tepi. Basahkan tepi-tepi wrap dengan air dan tekan menggunakan garfu.

7. Masukkan di dalam AF suhu 180c masa 10-12 minit (termasuk terbalikkan). Kalau nak lagi garing suhu rendahkan dan masa ditambah. Boleh garingkan atas pan juga.

2. KARIPAP INTI TELUR KARI XXL

  • Gardenia wholemeal wrap
  • 2 biji telur rebus
  • Carrot – kisar halus
  • Bawang – kisar halus
  • Serbuk kari – secukup rasa
  • Garam/mushroom seasoning – sedikit
  • Minyak

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang dan carrot yang halus tu dengan serbuk kari sampai naik bau. Letakkan air untuk bagi lembab, jangan kering

2. Hancurkan 2 biji telur rebus, masukkan (1) dalam telur rebus hancur  dan gaulkan. Kalau suka pedas letak chilli flakes, black pepper powder sikit. If nk letak garam sikit, letak sikit. (Tapi i tak letak sbb dkt (1) dah letak)

3. Letakkan atas wholemeal wrap dan tekan tepi-tepi tu guna garfu atau basahkan sikit guna air tempat nak kelim tu & terus tekan guna garpu.. Tekan kuat sikit nanti masa masuk air fryer takut terbukak.

4. Masukkan dalam air fryer. Masa i main agak-agak, dah nampak kekuningan, i terbalikkan bahagian belakangnya pulak. Lepas dah siap, keluarkan sekejap, bagi dia keras. Siap (Suhu 180C)

P/s: untuk yang tak makan sayur, boleh buat cara ni, buat sayur tersembunyi. Kisar halus sayur-sayur.

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani & Instagram Diary Izzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×