Dapur

4 Menu Diet Sedap Tanpa Perlu Berlapar, ‘Confirm’ Diet Tak Kelaut

47
SHARES

Pernah tak nak diet, tapi malas sebab dah tetapkan dalam pemikiran makanan diet ini tak sedap dan membosankan? Sebenarnya, kalau kita pandai dan rajin mengira kalori, pelbagai makanan enak dapat dimakan dan tak perlu terliur melihat makanan orang lain.

Menerusi perkongsian saudari bernama Nurul Izzah, pelbagai makan sedap seperti chicken chop, pasta, sate dan lain-lain dapat dinikmati dengan menggunakan cara diet suku-suku separuh dan kalori defisit.

Baca juga: 9 Idea Makanan Mudah & Sihat Untuk Makan Malam, ‘Confirm’ Diet Menjadi!

RESEPI DAN IDEA MAKAN SEDAP UNTUK DIET

1. AGLIO OLIO DAN CHICKEN CHOP.

Bahan-bahan mee labu aglio olio:

  • Fatboi pumpkin noodles (25 batang)
  • Bawang putih (lima ulas: 22 kcal)
  • Minyak zaitun (5ml:41 kcal)

Cara-cara penyediaan:

– Tumis bawang putih sehingga naik bau.

– Masukkan mee yang telah direbus dan letak sedikit air rebusan supaya tidak kering.

– Masukkan parsley, chili flakes dan garam lalu gaul sehingga sebati.

Bahan-bahan chicken chop:

  • Dada ayam (100g: 165 kcal)
  • Serbuk roti (15g: 54 kcal)
  • Minyak zaitun spray

Cara-cara penyediaan:

– Leperkan ayam dengan cara mengetuk kemudian ketika ayam masih basah, salutkan serbuk roti.

– Masukkan ke dalam air fryer dan spray sedikit minyak zaitun dengan menggunakan suhu 180C.

2. SATE AYAM MADU

Bahan untuk dikisar:

  • Bawang putih – 2 ulas
  • Bawang besar 1/2 biji
  • Halia – 1/2 inch
  • Serai – 1 batang
  • Jintan manis – 1/2 tsp
  • Jintan outih 1/2 tsp
  • Kunyit – 1/2 tsp
  • Ketumbar – 1/2 tsp
  • Madu asli – 1 tbsp
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

– Potong ayam secara dadu mengikut citarasa dan gaulkan bersama semua bahan kisar diatas.

– Perapkan selama satu jam. Lagi lama lagi sedap.

– Setelah perap, cucukkan ayam di lidi dan masukkan dalam air fryer suhu 180C selama 20 minit.

– Sebelum terbalikkan, sapu sedikit madu untuk lebih basah dan tidak kering.

3. IKAN BAWAL BAKAR

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 bawang besar*
  • 1/2 inch halia*
  • 10 batang cili kering*
  • Sedikit daun kesum*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 helai daun limau purut*
  • Madu asli – 13g
  • Asam jawa – 5g
  • Air limau kasturi
  • Minyak

Cara-cara penyediaan:

– Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air

– Tumiskan bahan yang telah dikisar dan ditambah asam jawa sehingga pekat dan bertukar gelap

– Perahkan sedikit air limau dan masukkan sedikit madu. Tambahkan sedikit garam jika tawar.

– Gaul atas ikan dan sedia untuk dibakar. Boleh balut dengan daun pisang.

4. TEMPEH NACHOS

Bahan-bahan diperlukan:

  • Gardenia Wrap (Wholemeal) : 162 Kcal
  • Tempeh (55g) : 106 Kcal
  • Shredded Cheddar Cheese (15g) : 53 Kcal
  • Onion (27g) : 11 Kcal
  • Garlic(2 Cloves) : 9 Kcal
  • Tomato Paste (15g) : 4 Kcal
  • Medium Tomato: 22 Kcal
  • Capsicums (32 G) : 9
  • Carrot (50g) : 17 Kcal
  • Olive Oil (5ml ) : 41 Kcal

Cara-cara penyediaan:

– Potong wrap kecik2 i buat bentuk tiga segi & masukkan dalam air fryer atau atas pan, sbb nak jadikan crispy.

– Tumis bawang merah & putih dengan minyak

– Masukkan tempeh yang telah dikisar / protein yang lain

– Masukkan tomato paste sedikit.

– Masukkan air sedikit sebab x nak bagi pekat n kering

– Masukkan carrot, tomato & lada benggala yang di potong kecil kecuali carrot lagi halus potongannya.

– Masukkan garam/ mushroom seasoning. Susun semuanya, tabur cheese tapi jangan banyak-banyak dan masukkan dalam air fryer sampai cheese cair je.

Lepas ini tiada lagi alasan makanan diet tak sedap dan bosan. Semua resepi yang dikongsi nampaknya begitu sedap dan mengiurkan.

Sumber: Nurul Izzah Zalani Via Diet Suku-Suku Separuh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×