Sihat

9 Idea Makanan Mudah & Sihat Untuk Makan Malam, ‘Confirm’ Diet Menjadi!

22
SHARES

Dari hari ke hari, mesti selalu cakap nak diet kan? Tapi dalam fikiran mesti dah tetapkan diet ini susah. Ada juga yang menggunakan alasan malas mahu membuat persiapan makanan kerana leceh dan lambat.

Jangan risau, jom kami kongsikan 10 resepi yang mudah dan simple untuk makan malam dan paling penting sesuai untuk mereka yang sedang berdiet serta mengamalkan gaya hidup sihat. Jom baca!

Baca juga: Resepi Burger Terung, Memang Sesuai & Sedap Untuk Diet!

9 IDEA DINNER SIHAT DAN MUDAH, JOM TRY!

1. UBI KELEDEK

Ubi keledek mengandungi nutrien yang bagus seperti beta koreten, vitamin C, kalium dan tinggi serat. Kesedapan ubi keledek sesuai dimasak dan dimakan dengan apa sahaja makanan tambahan lain.

Antara idea yang boleh dicuba ialah dengan memanggang ibu keledek tersebut lalu membuat lubang di bahagian tengah dan dicampur dengan protien seperti ayam cincang , ikan atau sayur tumis. Pasti sedap kerana kombinasi ubi dan hidangan lain sangat sesuai.

2. BIJIRIN

Sebut sahaja tentang bijirin, pasti ramai yang tidak mengemarinya. Ini mungkin kerana cara penyediaan dan pemilihan bijirin yang salah dan tidak sesuai. Jika anda melakukan diet bebas gluten, antara bijiran sesuai adalah quinoa dan beras perang.

Kedua-dua bahan tersebut sesuai dimakan ketika makan malam untuk lebih kenyang. Menerusi kajian yang dilakukan, diet bijirin merupakan diet yang berisiko rendah untuk mendapat penyakit seperti jantung dan diabetis.

Antara menu sesuai adalah dengan menambah sebarang protein pilihan anda dan sedikit kuah ataupun sos. Untuk mengurangkan rasa mual, perahan jus lemon juga boleh ditambah. Sangat sedap!

3. TELUR DADAR SAYUR

Telur dadar ataupun omelette antara idea paling mudah dan cepat. Jika sebelum ini anda goreng dengan minyak banyak apa kata tukar angin pula dengan tidak menggunakan minyak dan dipenuhi sayur-sayuran seperti bayam brazil ataupun tomato.

Selain menambah sayur, anda juga boleh mencuba dengan buah-buahan seperti peach atau avokado. Masa penyediaan juga tidak lama dan hanya memerlukan kurang sejam.

4. MANGKUK SALAD

Salad juga merupakan idea mudah dan cepat. Selain dipadankan dengan sos, anda juga boleh mencampurkan sebarang protein, lemak atau serat supaya tidak membosankan.

Kekacang seperti badam juga boleh ditambahkan supaya sedikit ranggup dan tidak membosankan selain pemilhan sos yang betul untuk menambah rasa.

5. PASTA BERAS PERANG

Bagi mereka yang mengemari pasta, pastikan setiap hidangan dipenuhi dengan protein, sayur-sayuran agar tidak terbabas kalori yang ditetapkan. Antara pasta yang sesuai ialah pasta beras perang dan bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat boleh menggunkan mi zucchini.

Sumber protein seperti dada ayam dan kacang buncis sangat sesuai untuk menambah rasa lebih enak. Sayur-sayuran seperti bayam dan brokoli serta sos pesto boleh digunakan.

6. SUP PILIHAN ANDA

Tiada apa yang lebih memuaskan selain menghirup satu mangkuk sup panas. Lebih mudah dan cepat kerana boleh dimasak secara banyak dan dipanaskan jika mahu makan. Antara idea sesuai ialah sup ayam, ikan dan sayur. Lebih enak jika ditambah telur untuk lebih mengenyangkan.

7. KARI

Selain sup, kari juga antara hidangan mudah untuk makan malam. Pengambilan kari secara berskala mampu meningkatkan kesihatan dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Kari ayam mahupun telur, boleh dimakan bersama quinoa dan beras perang. Sedap sangat! Boleh tambah tapi kena jaga kalori juga.

8. BURGER

Siapa cakap burger tidak sesuai untuk diet? Boleh jika anda pandai seimbangkan protein dan lemak. Seperti contoh, bun roti digantikan dengan terung dan dipadankan dengan kepingan ayam atau daging homemade.

9. AYAM PANGGANG

Ayam merupakan protein paling sedap dan menjadi pilihan ramai. Seekor ayam boleh direbus dahulu dan dipanggang untuk mencepatkan masa penyediaan. Kentang dan beberapa jenis sayur juga boleh dipanggang sekali dan enak dimakan bersama seisi keluarga.

Wah rambang matakan? Banyak rupanya idea-idea mudah untuk yang sedang diet dan mengamalkan gaya hidup sihat. Apa-pun kesihatan harus dijagakan, jangan berdiet sehingga memudaratkan kesihatan.

Sumber: Health Line

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×