Dapur

Resepi Burger Terung, Memang Sesuai & Sedap Untuk Diet!

36
SHARES

Sebut sahaja burger pasti ramai yang mengemarinya. Makanan kegemaran anak-anak di rumah yang sesuai dimakan ketika menonton TV ataupun ketika beriadah petang di fasa PPN ini.

Walau bagaimanapun, pengambilan makanan segera yang berlebihan tidak digalakkan kerana akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kolestrol tinggi. Tapi jangan risau! Ada satu idea menarik untuk anda cuba dan sangat sesuai untuk yang sedang diet dan mengamalkan pengambilan karbohidrat secara rendah.

Baca juga: Resepi Daging Rangup (Crispy Beef), Boleh Ratah Sepinggan!

RESEPI BURGER TERUNG, SESUAI UNTUK ANAK-ANAK TAK MAKAN SAYUR

Bahan-bahan roti bun terung:

  • Terung bulat (lebih kurang saiz bun burger)
  • Butter
  • Garam pink himalaya
  • Serbuk black pepper

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan butter keatas pan kemudian tabur sedikit garam dan serbuk black pepper.
  2. Letakkan potongan terung bulat lalu bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan daging burger:

  • 500G daging kisar (boleh juga guna isi ayam)
  • 1 biji bawang besar – dicincang halus
  • Sedikit garam
  • 1 sudu serbuk black pepper
  • Sedikit daun parsley atau daun ketumbar – diracik halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil rempah ( saya guna mixed herbs, oriegano dan paprika)
  • Sedikit shredded cheese

Cara-cara membuat:

Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan bulat dan leper menjadi burger tebal. Boleh juga menggunakan penutup balang plasik biasa untuk dijadikan acuan dan alaskan dengan plastic wrap untuk lebih mudah.

Panaskan pan dengan sedikit butter, masakkan daging burger dalam lima minat. Sentiasa dibalik-balikkan supaya masak dengan rata. Untuk lebih mudah boleh grill di dalam oven.

Boleh susun roti bun terung, daging burger serta salad, timun, cheese dan lain-lain.

Untuk mini burger, guna terung panjang biasa. Potong pendek dan bentukkan saiz daging burger sama saiz terung. Satu keping cheese boleh dipotong kepada empat bahagian. Comel kan?

Untuk anak-anak yang tak makan sayur, memang sesuai buat macam ini. Comel pula tu. Selamat mencuba semua!

Sumber: Noorul Izzah Marzuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×