Dapur

Resepi Daging Rangup (Crispy Beef), Boleh Ratah Sepinggan!

32
SHARES

Sejak bekerja dari rumah ini, pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah buntu nak masak menu apa lagi untuk dimakan bukan? Sudah bermacam-macam resepi telah dicuba sampai dah bosan. Tapi, anda mungkin belum cuba masakan daging goreng rangup atau crispy beef yang sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas kan? Jadi, jom kita tengok cara masak yang dapat perkongsian di Facebook lebih dari 33 ribu!

Artikel berkaitan: Resepi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Thai Viral

Resepi Daging Rangup (Crispy Beef)

Bahan-bahan: (3-4 orang makan)

400g daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa

1.Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.

2.Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.

3.OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.

4.Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.

5.Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.

6.Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang(potato starch).

7.Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua (double fry) agar lebih garing.

8.Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!

RESEPI SOS SALUT DAGING CRISPY

1.Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.

2.Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.

3.Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.

4.Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.

5.Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.

6.Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.

7.Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!

8.Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×