Dapur

Resepi Daging Harimau Menangis Bersama Sos Thai Viral Paling Simple, Licin Pinggan!

134
SHARES

Viral di laman media sosial dimana daging harimau menangis yang lembut dan juicy dijual oleh orang ramai. Apa yang menariknya, juadah ini sudah dipack bersama rempah ratus dan hanya perlu dimasak secara ‘grill’ dengan segera sahaja. Namun, oleh kerana mendapat permintaan yang tinggi tidak kisah apa jua jenama, stoknya selalu habis!

Oleh itu, ini resepi daging harimau menangis bersama sos thai yang anda boleh cuba di rumah. Alang-alang dah masuk Perintah Kawalan Pergerakan, boleh juga cuba hidangkan untuk seisi keluarga.

RESEPI DAGING HARIMAU MENANGIS BERSAMA SOS THAI

Step 1

Daging hiris nipis anggaran 300gm je untuk kami 3 orang cukuplah. Basuh and perap dengan;

1/2 sk megi cukup rasa

1/2 sk serbuk lada putih atau lada hitam

1 sk sos ikan kalau takde guna serbuk ikan bilis

1/2 sb nise atau gula melaka

1 sb sos tiram

2 sb minyak masak

3 hiris halia untuk lembutkan daging

Jangan tambah garam lagi ye, nanti termasin pulak.

Step 2

Gaul semua perap at least 1 jam, sis perap ni 9 jam atau semalaman masuk chiller peti ais. Lagi lama perap daging lagi lembut, lagi juicy dan lagi sebati dengan bahan perapan.

Step 3

Panaskan nonstick pan, masukkan daging tadi, grill dengan api sederhana je. Tak perlu tambah minyak dah tadi masa perap dah letak minyak, pastu daging tu pun nanti keluar minyak lagi. Hirisan halia tadi keluarkan dulu, grill la sampai air tu kering.

Step 4

Dah hampir kering, perlahankan api, renjis kicap sikit, sikit je jangan banyak sangat nanti jadi daging kicap pulak tak jadi harimau menangis. Sis suka bagi garing sikit biar ada rasa smoke. Siapppp hero dia.

Oh daging tu kalau taknak hiris nipis pun boleh, perap je daging seketul lepas tu grill, dah masak baru hiris nipis.

Step 5

Sekarang kita sediakan sos pencicah pulak. Bahan-bahan dan sukatan macam dalam gambar. Bawang putih, cili padi ikut suka tahap pedas masing-masing, akar ketumbar, nise, semua ni tumbuk. Bawang pun boleh kurangkan kalau tak suka pakai seulas je.

Daun ketumbar tu chop halus, campurkan sekali dengan perahan limau nipis, sos ikan, garam sikit. Tu sudu kecil ye, again jangan terlebih masin oii naik darah nanti.

Step 6

Gaul sebati semua sekali, nak tambah masin manis masam pedas tu ikut taste sendiri. Siappp heroin dia.

Siap!

Sumber: Nurul Aini Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×