Dapur

Resepi Coklat Ala Royce Viral TikTok, Memang Rasa Coklat ‘Kayangan’!

16
SHARES

Kalau kita scroll TikTok, memang coklat ni asyik disebut dan dibeli oleh orang ramai. Tak lain dan tak bukan, mestilah coklat Royce. Lebih menariknya, coklat tersebut disaluti dengan serbuk koko dan cair di dalam mulut. Wah! Walaupun harga mahal tapi berbaloi nak cuba.

Sebenarnya, boleh buat sendiri sahaja di rumah coklat ini. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah dan yang penting rasa sama sebiji seperti yang viral di TikTok.

Baca juga: Resepi Coklat Bar Nestum Untuk Anak-Anak, Elok Bersalut!

RESEPI COKLAT ALA ROYCE VIRAL TIKTOK

Resepi ini dikongsi oleh Noor Rabi Atul Adawiyah di Facebook. Rugi kalau tak cuba.

Chocolate ala Royce. Chocolate ni viral di TikTok. Jom saya share resepi dan cara buat.

ROYCE

Bahan-bahan:

  • 150gm whipping cream
  • 50gm pure butter
  • 250gm chocolate (saya guna chocolate Callebaut 811)
  • Cocoa powder (saya guna van houten)

Cara penyediaan:

– Double boil whipping cream sehingga naik bubble kecil terus matikan api.

– Masukkan chocolate dan pure butter.

– Kacau sampai semua sebati.

– Sediakan bekas ukuran 7”x 7” yang dilapik dengan parchment paper.

– Tuang semua adunan kedalam bekas dan ratakan. Hentak perlahan supaya adunan sekata.

– Sejukkan didalam peti sejuk paling kurang 2jam atau sebaiknya semalaman.


– Bila dah chocolate dah keras keluarkan daripada bekas dan potong ikut size yang dikehendaki.

– Taburkan cocoa powder atau boleh golek-golekkan potongan chocolate tadi kedalam cocoa powder. Kena buat cepat sebab chocolate mudah cair.

Cukup sekadar digaul nipis so akan dapat rasa yang balance diantara manis chocolate dan pahit cocoa powder.

Sedapnya! Makan sambil layan movie. Memang confirm terus licin semua….

Sumber: Facebook Noor Rabi Atul Adawiyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×