Dapur

Resepi Coklat Bar Nestum Untuk Anak-Anak, Elok Bersalut!

2
SHARES

Coklat dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Hampir setiap hari pasti mereka akan meminta untuk membeli coklat di kedai dan menikmatinya sambil menonton TV. Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang pembaziran, apa kata ibu-ibu cuba membuat sendiri resepi coklat bar nestum. Mudah sahaja kerana hanya menggunakan dua bahan utama dan terhasilah coklat bar untuk anak-anak. Rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Resepi Puding Tiramisu Kastard, Rasa Lemak Manis Kopi Sedap!

RESEPI COKLAT BAR NESTUM UNTUK ANAK-ANAK

Buatkan coklat nestum bar untuk anak-anak. Rasanya sebijik sama macam coklat lain. Hanya guna 2 bahan sahaja iaitu nestum dan coklat. Resepi sangat simple dan yang penting tak perlu bakar. 

coklat bar nestum

Bahan-bahan:

  • Nestum 500g yang original
  • Dark compound beryls 1kg (yang ini kurang manis berbanding milk compound)

Cara-cara penyediaan:

1. Cairkan coklat dengan kaedah Double boiler

2. Selepas itu masukkan 1 paket nestum. Masuk semasa coklat masih panas.

3. Gaul sampai sebati biar bersalut elok

4. Selepas dah gaul sebati masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plasti. Senang nak keluarkan nanti

5. Potong siap-siap baru letak dalam peti ais

6. Bila dah sejuk, patah-patahkan dan dah siap!

*Wah, nampak sedap! Senang sahaja nak buat. Bawa pergi berkelah pun sedap ini.

Sumber: Facebook Ida Zaida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×